AIR FORCE THE MOVIE : SELAGI BERNYAWA

Air Force The Movie : Selagi bernyawa
Netflix
Genre:Aksi
10/10
Pelakon : Dato Adi Putra ,  Johan Ashari , Aiman Hakim Ridza,  Aqasha,  Nas-T ,  Scha Al-yahya dan ramai lagi barisan pelakon hebat. 

Bagi Reyna filem ni adalah filem terbaik walaupun ada yang cuba membandingkan filem ini dengan PASKAL. 

Kemoooonlaaaah... Tak perlu nak banding-banding. Sepatutnya kita kena bangga filem ni keluaran tempatan kot. Siapa lagi yang nak sapot kalau bukan kita? Terkucil sikit sana sini tu biasa ,  tapi bagi reyna setiap pelakon sudah memainkan peranan penting dan jalankan tugasan masing-masing dengan watak yang diberikan dengan baik sekali. Kalau cerita luar, terutama cerita korea kemain lagi korang puji melangit padahal filem tu so-so je tapi disebabkan ada pelkon yang korang minat terus dapat rating tinggi cerita tu 😌😌😌 sejujurnya fahaman pendapat kita berlainan. Kalau cerita tu tak seronok ,  saya akan cakap tidak sebab jujur itu adalah saya 😊😊

Sedih jugalah terbaca review filem ni di beberapa page ada yang letakkan filem ni sebagai kategori filem sampah. Kalaulah korang boleh mendalami dan faham apa itu maksud perjuangan ,  Reyna pasti korang akan bangga dan salute pada pasukan keselamatan kita yang diletakkan pada barisan paling hadapan sekali sebagai penempur andai ada ancaman yang cuba masuk ke negara kita ni. 

Ok ,  macam biasa skip bebel tu. Terus ke ringkasan filem ini. Filem ini mengisahkan sekumpulan Pasukan Khas Udara atau lebih dikenali sebagai PASKAU diketuai oleh Mej. Adnan ( Dato Adi Putra) bagi misi keamanan di Namburi. Genjatan senjata telah dibuat dan mereka sepatutnya bergerak pulang ke Tanah Air  secepat mungkin sebelum mereka teperangkap di Namburi sebagai tawanan atau dibunuh oleh pihak pengganas. 
Namun keadaan tidak menyebelahi mereka pesawat yang mereka naiki telah ditembak secara serang hendap oleh pihak pengganas dan pesawat yang mereka naiki meletup dan terbabas. Tinggallah beberapa orang anggota skuad yang terselamat termasuk Mej. Adnan. Mereka meneruskan perjalanan bagi mendapatkan bantuan dari tanah air tetapi terhalang dengan serangan puak pengganas yang ingin mereka mati. Mereka diburu hingga ke lubang cacing. 
Dalam mereka mencari jalan untuk keluar dari Namburi mereka juga bertarung sehabis daya untuk selamatkan diri mereka. 

Zafran merupakan rakan baik kepada Adib yang juga merangkap abang kepada kekasih Adib iaitu Hana. Mereka tidak sehaluan dan sering bertelagah kerana Adib memilih untuk menyertai PASKAU ,  manakala Zafran pula sebagai Pilot SUKHOI. Walaupun dari cabang yang berlainan tetapi mereka merupakan anggota tentera di pangkalan yang sama. 
Atas dasar sahabat dan juga memikirkan adiknya Hana yang merayu agar zafran turut serta misi menyelamatkan anggota yang masih hidup di Namburi. Akhirnya zafran meminta agar pihak atasan meberi keizinan padanya untuk misi tersebut kerana dia merupakan antara salah seorang pilot yang terbaik dalam pasukan. Zafran berjaya merayu pada pihak atasan agar dia pergi untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang lain. 

Dalam filem ini diterapkan unsur persahabatan yang akrab, sikap kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira pangkat. Dalam cerita ni nampaklah Mej. Adnan sanggup menggadaikan nyawanya untuk keselamatan anak-anak buahnya supaya terus hidup. 

Masa part Mej. Adnan mengarahkan Kapten Adib agar pergi bawa yang lain ke tempat yang selamat dan tinggalkan dia di situ kerana kecederaan yang dihadapinya tidak mengizinkan dia mengikuti yang lain dan akan melambatkan masa mereka dan mungkin akan mengakibatkan kesemuanya mati ditangan pihak pengganas. Masa ni menitis jugalah setitik dua airmata ni dan rasa sakit sangat dalam dada menahan sebak pabila melihat pengorbanan Mej. Adnan tu. 
😌😌 korang wajib tonton filem ni dan sapot filem kita. Saya berharap akan ada lagi filem yang berkualiti keluaran tempatan. 

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts