POSSESSED (2022)


Possessed  / Rasuk (2022)
Netflix
Genre:Horror
8/10

Baru selesai menonton filem ini. 😆😆 tajuk tu sekejap possessed ,  sekejap rasuk 😆😆 suka hati koranglah sedap nyebut hak mana 😆✌. 
Jalan cerita tu dah ok dah ,  cuma filem ni lighting dia agak malap ,  puas saya try adjust bagi cerah tak boleh juga 😅. Ok ,  husnuzon mungkin memang bagi malap-malap gitu supaya ada aura seram di situ. 🤣🤣🤣 tapi kalau dah lubang hidung pun tak nampak ,  celah mana nak husnuzonnya 🤣🤣. 

Lepas tu ada part mungkin penata rias wajah pelakon terlepas pandang ,  darah di mulut warna hitam tapi bila mengalir kena tangan part Wari menulis mantra di dinding warna merah pulak. Masa Wari mula muntah nak bertukar sifat saya ingatkan lumpur sebab penuh warna hitam keluar dari mulut. Last scene masa semua zombie kena cahaya terserlah pewarna merah cair gitu di  baju 😅😅. 

Saya confuse cerita ni sebenarnya cerita rasuk ke zombie? Sebab tajuk rasuk tapi bila tengok sampai habis cerita zombie 😆😆 kalau letak tajuk 'Jangkit' pun ok kot kalau tak nak nampak meniru sangat 🤣🤣🤣. 
Ok skip spoil scene 😆😆. Filem ni mengisahkan sekumpulan pelajar yang pergi beriadah di sebuah kawasan hutan yang terdapat sungai untuk mandi -manda. Wari tak join group kawan-kawan dia lepak santai di sungai. Dia lebih suka berjalan-jalan sambil menangkap gambar alam sekitar yang dirasakan menarik untuk dijadikan koleksi gambarnya. Nak dijadikan cerita dia ternampak botol angin cap kapak 😆😆🤣🤣 gurau je 😝😝😝. 
Wari terjumpa sebuah botol berikat dengan tali disekelilingnya. Dia ni pun satu ,  gatal tangan bukak botol tu. Agaknya dalam hati dia ingat ada jin kot dalam tu boleh wish-wish 🤣🤣🤣. Lepas dia buka botol tu keluarlah asap dan dia terkejut ada yang menyeru namanya dan botol ditangannya tu terlepas dan keluarlah segala isi perut botol tu. Dia ternampak darah mengalir dan patung kecil ala-ala patung vodoo. Patung tu dibiarkan begitu saja dan dia kembali ke lokasi rakan-rakannya dan mengajak pulang ke asrama. 
Setibanya di asrama , mereka ditangkap oleh Ustaz Najmi selaku warden asrama kerana pulang lewat ke asrama pada waktu malam dan mereka didenda mencuci toilet. 
Ketika mencuci toilet ,  Wari berasa badannya tidak sihat dan muntah-muntah. Rakan-rakannya bawa Wari ke bilik untuk berehat. Ketika sedang berbaring ditemani rakan-rakannya sementara menunggu Adli memanggil Ustaz Najmi untuk merawat Wari yang dikatakan demam mengejut ,  Wari tiba-tiba menjerit dan meronta hilang arah hinggakan keluar muntah berwarna hitam membasahi bajunya. Dan kemudiannya dia bertukar menjadi zombie dan mula memburu rakan-rakannya untuk dijadikan mangsa. Mangsa yang telah digigit akan berubah menjadi zombie yang kemudiannya makin lama makin merebak banyaknya. 

Keadaan semakin bahaya ,  Adli meminta bantuan kakaknya Aliya supaya ke asrama bagi menyelamatkan mereka dengan membawa mereka keluar dari kawasan itu. 

Kalau saya cerita sampai habis ,  jadi tak seronoklah pulak kan?  Korang bolehlah tonton filem ini sampai habis untuk tau apa endingnya dan siapa yang terselamat. 

Keseluruhan,  cerita ni takdelah teruk sangat. Boleh lagilah dilayan sampai habis. Cuma part spoil tu korang tutup gi lah sebelah mata ✌✌

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts