ALLAH itu ada dan sentiasa ada...
Tengah termenung di tepi jendela ditemani hujan membasahi bumi , kedengaran di cuping telinga lagu 'Ada-Mu'- nyanyian Najwa Latif .
Sambil memejam mata cuba menghayati bait lirik lagu tersebut , tanpa aku sedari setitis dua airmataku mengalir keluar menyapa halus wajahku . Hati jadi sayu bila kuamati tiap patah perkataan yang dilontar keluar dari penyanyi genit yang makin dikenali ramai dengan bakatnya bukan sekadar menyanyi tetapi lirik lagu tersebut dicipta sendiri olehnya... Kagum aku dengan kebolehan beliau .
Ini bukan mata masuk habuk dah aku rasa , ini dah level masuk kaca terus.Berderai empangan airmata menderu keluar laju tanpa dapat ditahan .
Seringkali kita terlupa dan leka...
Allah sentiasa berada di sisi kita disaat dugaan dan ujian melanda.
Allah menguji serta datangkan dugaan pada kita kerana Allah sayang dan rindu untuk mendengar kita mengadu padaNya.
Hanya insan terpilih sahaja diberi ujian.
Allah tidak akan memberi ujian yang melebihi tahap kemampuan kita.
Allah tahu aku mampu dan aku di antara berjuta insan yang terpilih untuk hadap dugaan demi dugaan yang mana terkadang aku sendiri berasa lelah untuk kekal kuat menempuh setiap dugaan demi dugaan tanpa henti padaku.
Ya Allah , terlalu kerdilnya aku rasa berada di sisimu untuk memohon serta meminta segalanya di dalam setiap pelukan doaku dengan harapan agar doaku diangkat terus padaMu untuk dimakbulkan .
Sering aku mendengar orang berkata setiap ujian yg diberi pasti ada hikmah disebaliknya yang tidak kita ketahui . Tetapi mataku masih buta untuk melihat hikmah disebalik dugaan yang ku terima hinggakan terkadang aku berasa sungguh penat dan lelah untuk menghadapi segalanya sendirian kerana aku bukanlah insan yang cekal dan kuat .
Mungkin disebabkan ketidakmampuanku ini Dikau hadirkan seorang insan yang sanggup berada disisiku menemaniku bagi melengkapi kekurangan diriku yang mudah rapuh tika diuji . Mudah mengalah dan putus asa kerana tiada dahan untukku berpaut kuat agar tidak membiarkan diriku begitu saja jatuh tersungkur ke bumi menanti Mati.
Mungkin inlah hikmahnya yang ingin Kau tunjukkan padaku atas setiap ujian yang Dikau berikan padaku . Kesabaranku yang Dikau harapkan untuk terus sabar menanti apa yang ingin Dikau berikan padaku sebuah kekuatan untuk jalani kehidupan seterusnya bertemankan pendamping yang tanpa lelah dan jemu menasihatiku serta membimbingku ke jalanMu .
Aku bersyukur Dikau telah berikan aku hagiah yang tidak ternilai harganya padaku yang bisa pimpin tanganku dari terus menerus hanyut meratapi setiap dugaan yang telah Kau berikan padaku dan aku mula kenal apa itu Redha dengan segala ketentuanmu dan yakin bahawasanya Dikaulah sebaik-baik perancang bagiku.
Kini aku perlahan mula positif dengan segala ujian yang diberikan padaku dan bukan hanya dengan duduk mengeluh menyalahkan takdir ketentuanNya seperti sebelum ini.
Kini aku mula yakin bahawa disetiap masaalah yang menimpa pasti ada jalan penyelesaiannya...
Kerana Allah itu ada...selalu ada...
Dan kini aku tidak keseorangan menempuh pancaroba hidup kerana disampingku ada pelangi yang telah kau hadiahkan padaku dan...
Aku tahu aku adaMu ,
Aku tahu aku adaMu selalu...
TUHAN...
22/9/22
6.30pm
Klang , Selangor .
Reyna Arryssa
Comments
Post a Comment