MEE CELUP


MEE CELUP PERUT

Lokasi - Kedai Yusri Seksyen 17 ,                       Shah Alam

Sapa yang dok Shah Alam kalau tak tau kedai Yusri ni tak tau lah nak kata apa 😆😆... 

I kenal kedai Yusri ni dari umur 20-an lagi .  La ni umoq aii darab tolak campoq bahagi tambah pehtu kali dua balik semula ,  pastu pandai hangpa laaah nak kira camna 🤣🤣🤣🤣

Tapi la ni bukan nak cerita pasal umoq  ,  tapi pasal mee celup ni.  Kalau tak silap saya mee ni popular di kawasan pantai timur. Tak semua kedai ada hidangan menu ni. Kalau nak cari setakat yang saya taulah kena pi kedai masakan Siam / Kelantan. 

Mee celup ni lain dari Mee Sup .  Nampak macam nak serupa tapi tak. Warnanya pun nampak berbeza kuahnya berwarna gelap sedikit. 

Cerita pasal kuah...nak tau sedap atau tidak hidangan mee ni bergantung pada kuah tu... Kalau ceroi bagai memang spoil lah mee tu ,  kira hangpa boleh pangkah dah kedai tu  😆😆😆

Kuah tu kena cukup semua rasa masam ,  pedas ,  masin. Atas hidangan mee ni ditabur dengan daun ketumbar ,  cili serbuk ,  cili jeruk dan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk. 

Bahan lain dalam mee ni adalah sayur kangkung ( rasanya sayur ni saja yang kena dengan menu masakan ni ,  kalau digantikan dengan sayur sawi mungkin rasanya agak janggal sikit ). 

Selain dari mee ,  boleh juga digantikan dengan bihun atau kuetiow ikut selera masing-masing. Sama juga dengan bahan lauk utama boleh pilih sama ada nak perut ,  ayam ,  daging  atau campur . 

Boleh pecah lemak kalau makan masakan ni panas-panas . Tau-tau je dah lenjun basah baju nak pula minta extra cili serbuk dalam tu fuuuuuuhhh...bukan takat ayaq mata ja keluaq ,  ayaq hidung pun boleh ikot keluaq sekali 😆😆😆

Untuk menu ni saya bagi 5/5 . Kedai ni memang antara kedai peberet saya dari dulu lagi . Boleh dikatakan kesemua masakan di kedai ni memang mabeles plus plus plus dan harganya pula berpatutan. 

Lebiuuuu kat kedai ni  😘😘😘😘

Saja ja perangat hangpa memalam cenggini 😝😝😝😝

Comments

Popular Posts