PSIKIATRI VS RAWATAN ISLAM


Rawatan Perubatan Islam VS Rawatan Doktor Psikiatri.

Baru-baru ni reyna terpanggil untuk cari alternatif lain untuk berubat selain berjumpa doktor.Setelah dinasihati oleh beberapa rakan-rakan di fb , reyna kuatkan hati untuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam . 

Macam biasa bila berjumpa doktor reyna akan menangis teresak-esak tanpa hujung pangkal.Sama juga bila berjumpa dengan ustaz yang mengubat reyna.Tiba je kaki melangkah masuk ke dalam pusat rawatan reyna menangis dengan mata terpejam, automatik rasa roh dialih keluar dari jasad.Seolah ada satu pihak lagi cuba mengambil alih dan mengawal jasad ni.Tak tahu apa yang berlaku , cuma rasa terawang-awang serta pendengaran jadi berdesing sayup-sayup saja kedengaran suara ustaz bercakap.Tak pasti berapa lama berada dalam keadaan begitu , sedar-sedar ada plastik depan mata yang berisi dengan muntah yang keluar dari badan ni.

Selepas berubat terasa diri ni kosong , sunyi , sepi , sedih semua rasa ada.Berbeza dari sebelum ni , rasa berteman tidak keseorangan , tak rasa sunyi walaupun sendirian.Bergenang air mata seolah - olah terasa seperti ada yang sentiasa menemani selama ini untuk kuat dan tabah hendak pergi menjauh tinggalkan diri ini.Sayu hati seketika seolah hilang tempat berpaut.

Beberapa hari sebelum ke pusat rawatan islam , reyna  diganggu beberapa hari dengan gangguan yang menyakitkan fizikal badan ni.Sakit yang teramat sangat hingga tak tertanggung.Terasa bagai hampir ke hujung nyawa sakitnya.Dalam masa ni lah teringatkan seorang kenalan ustaz yang berada berdekatan dengan lokasi rumah reyna.

Alhamdulillah setelah berubat , beza sangat rasa badan dan emosi.Walau belum pulih sepenuhnya tetapi ada satu perasaan lain dalam diri.InsyaAllah rawatan masih lagi diperlukan untuk beberapa kali lagi untuk pulih seperti sedia kala.Rasa selesa dengan rawatan di sini berbanding dengan rawatan di hospital.

Beberapa hari sebelum berubat dengan ustaz , jiwa mula memberontak.Mula rasa bosan nak makan ubat hospital.Timbul perasaan marah dan sedih sebab rasa doktor menipu , doktor sebenarnya tak membantu langsung , doktor beri ubat buat saya lagi teruk sampai tertanya ubat apa sebenarnya yang doktor bagi ni sampaikan saya semakin hilang punca dan arah tuju dalam hidup seolah makan ubat hanya menghitung hari menanti mati.Hati kuat mengatakan bahawa mental saya tiada masalah langsung , saya sihat cuma terkena gangguan ditambah pula dengan ubat hospital dan kata-kata dari doktor yang membuatkan saya meletakkan diri saya dalam dunia pesakit mental dan berasa semakin hampir untuk ke arah gila.

Terus terang reyna cakap , badan ni dah tak mampu lagi untuk terima ubat dari hospital yang bakal ditambah dos bulan demi bulan.Tak selesa dengan keadaan sekarang bila makan ubat saya akan berada dalam keadaan khayal , lali , blur , lalok semua ada.Dah macam penagih pun ada dengan badan cengkung , tak terurus , mata kuyu , kuat termenung , pelupa kuat , pergerakan slow , banyak tidur , malas dan tak suka bercampur @ bergaul dengan orang.Sedih lihat diri makin hari makin teruk bila makan ubat hospital.Sukar nak mencari dan hidupkan semula diri reyna yang dulu selagi bergantung pada ubat hospital.Faham doktor hanya ada cara itu saja untuk bantu reyna dengan beri ubat penenang supaya tidak bertindak di luar kawalan diri seperti mencederakan diri dan sebagainya.Tapi sampai bila nak berada dalam situasi begini.

Saban hari menangis meroyan tak tentu waktu.Mujur didampingi oleh insan-insan yang memahami dan tak jemu beri kata-kata semangat tanpa ada rasa untuk pergi meninggalkan reyna hadap sakit ni sendirian walaupun bilangan tu boleh dihitung dengan jari , saya amat menghargai dan berterima kasih pada yang setia di sisi.Pada yang semakin menjauh , tiada rasa dendam atau marah dalam diri ini kerana siapalah saya untuk memaksa mereka sentiasa memahami dan berada selalu disamping saya di saat panic attack datang menyerang.

Alhamdulillah , hati terbuka untuk pergi berjumpa dengan pengamal perubatan islam dan hasilnya ada nampak perubahan sedikit.Selera makan ada walaupun tak banyak , dah mula rasa nak keluar rumah tengok dunia luar , dah mula boleh berfikir dan tumpu pada kerjaya walaupun tak sepenuhnya , ada perasaan sedih , rindu, rasa nak teman berbual cuma ingatan ni masih belum pulih sepenuhnya mungkin sebab terlalu lama dan banyak makan ubat dos tinggi .Bayangkan sebelum ni reyna tak selera makan langsung.Reyna akan terjaga dari tidur pukul 2 @ 3 pagi dan makan waktu itu setiap hari waktu yang sama.Tapi makanan tu macam tak masuk di perut , rasa kosong macam bukan makan untuk diri sendiri seolah ada benda yang duduk di dalam badan dan makan semua makanan tu.Waktu tidur juga tak menentu , kadang-kadang sampai 2-3hari tak tidur.Terseksanya badan hanya Tuhan saja yang tahu.

Satu perkara yang buat reyna berminat dan selesa berubat dengan ustaz ni ialah pendekatan yang digunakan untuk mengubat pesakit.Tiada istilah saka atau sihir yang terkeluar walau sekalipun dari mulut beliau.Tiada tunding menunding atau terjadinya fitnah dengan mengatakan si polan bin si polan dah hantar sihir atau tuju sihir pada saya.Tiada juga perkataan bahawa sakit saya ini disebabkan oleh saka keturunan.Sesi berubat pun secara santai tapi berkesan.Minda rasa tenang dan tiada rasa dendam atau sakit hati seperti sesetengah pengamal perubatan yang lain yang terus memberitahu bahawa sakit ni adalah kerana mainan sihir yang dituju oleh sekian bin sekian kerana sekian...sekian.....sekian...Sekiranya perkara itu tidak benar , maka terputuslah hubungan silaturrahim antara saya dengan sekian bin sekian dan terjadilah fitnah yang disebar merata.

Rawatan susulan akan dibuat sama seperti dengan temujanji dengan doktor sehingga pulih.Untuk masa ini , ubat hospital masih lagi reyna makan sebab belum stabil lagi diri  ni sehingga betul-betul rasa pulih berubat dengan pengamal perubatan islam baru reyna akan cuba kurangkan dos secara perlahan-lahan.Dalam tempoh berubat ni , ujian dan dugaannya tetap ada , makin kuat pula diganggu mental & fizikal.Harap badan ni dapatlah bertahan dalam proses pemulihan ini.Aamiin.

Besar harapan untuk kembali pulih seperti dulu semula.Banyak benda yang tertangguh disebabkan sakit ni.Banyak benda yang hendak diselesaikan apabila pulih sepenuhnya nanti.InsyaAllah...

Comments

Popular Posts