PSIKIATRI and ME


Day 2... 

Bila perut merayu minta diisi makanan akibat kelaparan ,  tapi tekak dan otak masih lagi belum mahu berikan kerjasama,  langsung mood menjunam karam di lautan dalam .

Tadi nerai potong pelam manis yang sudah masak dengan harapan adalah ehsan dari tekak agar dapat menelan sepotong dua untuk alas perut .

Buahnya sangat menggoda selera ,  cantik dan segar pada pandangan mata . Selesai kupas buah tersebut ,  tengah nak masukkan buah ke mulut terlihat ulat putih adalah dalam 3 - 4 ekor halus kecil merenyut - renyut bergerak . 

😩😩😩😩 langsung mati lagi selera ,  terus buang baki potongan buah tersebut .  Endingnya ,  air milo ais jugalah penyelamat kelaparan. 

Otak jadi tak boleh nak berfungsi denga baik dek kerana perut minta di isi kerana terlalu lapar .  Nak tumpu buat kerja pun tak boleh terganggu sedikit dengan selirat apa pun tak tahu di kepala ni. Nak buat apa pun serba tak menjadi kerana hilang fokus . 

Terjaga dari tidur tadi pun dalam keadaan tidak selesa dengan nafas tercungap-cungap disebabkan mimpi bukan - bukan . Mungkin bila otak dan badan terabai serta tak cukup rehat maka pelbagailah benda mengarut timbul di pandangan serta dalam tidur .  

Sebelum terlena semalam dalam keadaan paksa diri makan ubat tidur 2 biji .  Pertama kalinya dalam sejarah meluangkan masa selama 3 jam setengah  berbual di telefon dengan mama di kampung . Dalam perbualan telefon ada bercerita serba sedikit kondisi kesihatan yang agak merosot sikit . Tidak berani nak berlebih cerita kerana bimbangkan mama susah hati dan fikirkan keadaan anaknya yang tidak sihat. 

Cuma yang saya ingat sepanjang bersembang tu saya banyak kali ucap perkataan minta selalu doakan kesihatan saya . Tak ingat berapa kali ulang perkataan ini.

Bagi saya apa lagi harapan yang saya ada selain ikhtiar berubat cara moden dan tradisional . Perkataan yang terlintas di kepala hanya satu saja DOA ... Saya perlukan DOA dari Bidadari saya . Mana tahu ini salah satu ikhtiar serta asbab untuk saya kembali pulih seperti sediakala untuk selama -lamanya . 

Saya masih bertuah kerana kedua-dua SYURGA saya masih sihat walafiat . Selepas letak telefon ,  saya dalam hati berkata ,  saya bertuah kerana Bidadari Syurga saya masih ada untuk doakan saya serta adik beradik yang lain .

Saya paling sensitif andai melihat atau terdengar kisah anak yang bersikap biadap tak tahu menghormati dan jaga perasaan orang tua mereka. Hati jadi auto sakit dan mudah mengalirkan airmata umpama saya yang berada ditempat mereka yang disakiti itu. 

Berjela pula menulis bercerita .  Bukan apa sekadar membuang keluar jauh apa yang berada di hati . Sambil menaip ni pun terkeluar jugalan setitis dua airmata . 

Perjuangan saya masih belum selesai ,  tidak tahu dimana dan bila akan temui noktah pada pengakhiran sakit ni dan berhenti bergantung pada ubat psikiatri yang diberikan. Berharap akan tiba waktunya nanti saya boleh Merdeka bebas dari segala penyakit yang dihidapi .  

Aamiiin ... 

Sekiranya terganggu denga coretan saya yang berjela ,  saya mohon maaf . Anda boleh scroll laju skip status saya atau unfollow atau unfriend saya . Bila keadaan tak stabil serta mental dan jiwa rapuh pada waktunya hanya dengan menulis meluahkan apa yang berada di fikiran saja antara terapi yang saya mampu buat untuk tenangkan jiwa saya. 

𝐑𝐄𝐘𝐍𝐀𝐒 𝐀𝐑𝐓
(𝐂𝐓𝟎𝟎𝟖𝟓𝟖𝟔𝟐-𝐔 )

-  20/9/22 - 4.35pm  -

Comments

Popular Posts