Filem Bidadari


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243"
     crossorigin="anonymous"></script>

BIDADARI

Baru habis melayan citer ni semalam . Saya bagi 10/10 . Memang best giler melayan cerita seram ala-ala klasik zaman dulu. Dengan dialognyer yang menggunakan bahasa melayu lama dan pilihan lagu  sebagai latar memang kena dengan jiwa . 

Citer ni buatkan saya teringat kisah seram Thailand Nang Nak ,  cerita yang berlatar belakangkan tahun era 60an-70an lebih kurang. Walaupun lokasi yang digunakan serta bilangan pelakon yang terhad ,  langsung tak rasa jemu menontonnya dari awal hingga akhir. 

Nak pulak tu gandingan hebat pelakon antaranya Beto Khusairi ,  Aiman Hakim ,  Tya Ariffin ,  Wan Hanafi Su menguatkan serta menghidupkan watak yang diberikan membuatkan saya tak dan nak kelip mata beralih nengok tempat lain 🤭🤭

Kisah cinta 3 segi antara Cendana (Tya Ariffin) ,  Nathuwi ( Beto)  & Aditya ( Aiman Hakim). 
Percintaan antara Cendana dengan Nathuwi terganggu dengan kehadiran Aditya ke kampung mereka menyamar sebagai Bilal.

Hat dia niiii puuuuun ,   gigih nyeeer pun nak hak orang haaaaa  😑😑😑 Mujurlah segak kalau dak mau berguni  kena kutuk 😆😆😆...   Sebab segak tu saya pejam mata ampunkan dia walau peghangai tu tak semenggah 🤭🤭

Pertama kali melihat ayunya paras rupa Cendana membuatkan Aditya jatuh hati dan cuba merampas Cendana dari Nathuwi disamping niat jahat Aditya ke kampung tersebut untuk mencari mangsa iaitu membunuh anak gadis kampung tersebut bagi memenuhi syarat ilmu sesat yang dituntutnya. 

Lagu ost yang digunakan pula berjaya buat saya jatuh cinta untuk cari siapa penyanyi lagu tersebut sebab pestaim dengar. Lagu 'Gurindam Jiwa' serta 'Mawar Putih Tanda Perpisahan' kena sangat dengan cerita tersebut.

Tapiiiii... Bila dengar pat lima nam kali macam berantu pulak lagu ni...  Meghemanglah pulak dengar memalam 😅😅 saja cari pasai 🤭🤭🤭

Saya boleh nengok citer ni banyak kali tanpa jemu... Kenot muvon kateeer omputih 👏👏🤭🤭

'Sekuntum Haruman Hadiahmu
Di Hari Terakhir
Bunga Mawar Yang Putih
Tanda Hati Bersih Suci Mewangi

Kedinginan Malam
Seolah Mengerti Perasaan
Dua Insan Bertemu
Dalam Sendu Diiring Perpisahan'

Penyanyi asal - Jamilul Hayat

Comments

Popular Posts