Train To Busan


'Hujan yang turun bagaikan mutiara... '

Ada ni ha...melayan citer ' Train To Busan ' untuk kali keseratus pat puluh nam  🤭🤭🤭 dengar boleh caya jangan. Tapi yang pastinya citer ni memang berulang kali nengoknyer. 

Tiap kali nengok,  tiap kali tu lah air mata keluaq disebabkan pengorbanan seorang ' AYAH ' sanggup bergadai nyawa selamatkan seorang insan bergelar 'ANAK' .  🤧🤧😖😖😣

Sepuluh orang anak belum tentu sanggup menggadaikan nyawanya untuk insan bernama ' IBU & AYAH '. Jangankan menggadai nyawa ,  nak menjaga pun jenuh nolak sana sini  😣😣😣

Makcik bab-bab ni sensitip sikit .  Nengoklah sekarang ni pun banyak kes anak cederakan ibu ayah ,  anak bunuh ibu ayah ,  tu belum masuk part hantaq pi ghumah oghang tua ,  halau ibu ayah keluaq ghumah,  gadai tanah / ghumah pusaka. Macam-macamlah lagilah mender jadi kalau buka paper / nengok berita  🤧🤧 

Hai lah anak ...  Kejayaaan yang kamu capai hari ini antara puncanya adalah doa dari ' SYURGA ' mu . Berapa ramai yang terkilan serta bersedih kerana kehilangan doa dari ' IBU BAPA ' 

Betapa beruntungnya bagi yang masih diiringi doa saban waktu tanpa henti. Hargailah  selagi masih ada,  bimbangkan esok bila tertutupnya mata kedua orangtua tika itulah baru nak rasa kesal dan sering menyalahkan diri sendiri . 
Ketika itu tiada gunanya bibir sering menyebut perkataan ' KALAULAH '. 

😪😪😪 meleret dah makcik bebel , citer pun dah habis daaaah ha... Melayan citer tengah hujan lebat ,  camnilah jadinyer 🤭🤭🤭

Citer ni makcik bagi 10/10 sebab berjaya buat makcik ngabihkan setengah kotak tisu 🤭🤭🤭

Comments

Popular Posts