ALICE IN BORDERLANE
ALICE IN BORDERLANE
JAPAN
8 EPISODE
Antara cerita yang paling cepat saya habis tengok dalam masa tak sampai dua hari...
Fuuuuuh...memang tak rugi menonton cerita ni.Jantung sentiasa berdegup laju bila part mencemaskan bila setiap kali game bermula.
Sebelum ni bukan tak pernah tengok cerita survive - survive gini contoh macam 'SQUID GAME'.Beza sangatlah dengan cerita yang ni.
Cuma yang tak bestnya cerita ni tak sesuai ditonton bersama anak-anak , banyak sebabnya mudah cerita ada selit sedikit unsur 18sx.Tapi overall cerita ni memang
Bestlah tak rugi menonton berejam lamanya dan saya berani kata siapa yang start tengok cerita ni mesti tak boleh berhenti untuk beralih ke next episod sebab kita sentiasa nak tau apa seterusnya yang jadi... Last-last tak sedar habis dah 😆😆😆.
Awalnya saya jangka cerita ni tak seronok sebab episod satu tu macam alaaaaa ringan sangat cerita ni. Tapi bila dah masuk episod dua baru nak start kemuncak keinginan untuk tahu lepas ni jadi apa.
Cerita ni mengisahkan tentang permainan antara hidup atau mati.Semua peserta yang terpilih wajib menyertai setiap permainan yang telah ditetapkan.Sekiranya tak menyertai mereka akan dibunuh awal sebelum permainan bermula.Kiranya masing-masing berjudi nasib sertai mati tak sertai pun mati. Memang tiada pilihan.
Untuk menyelamatkan diri, di sinilah boleh dilihat sahabat karib dan seerat mana pun hubungan kita dengan seseorang , bila tiba waktu kecemasan yang melibatkan nyawa.Masing-masing hilang pertimbangan serta kewarasan akal fikiran hinggakan sanggup mengkhianati , pentingkan diri sendiri dan sanggup mengorbankan nyawa seseorang itu demi menyelamatkan nyawa mereka sendiri.
Kalau betullah ada sambungan cerita ni , memang saya nanti-nantikan.
Untuk cerita ni saya beri 10/10 😘😘😘
Comments
Post a Comment