CEKODOK ON MY VERSION


Kuih ni orang utara panggil coq kodok/cekodok.

Tak pasti pula saya salasilah gelaran nama kuih ni. Bahan ramuan yang digunakan adalah pisang sebagai bahan utama kemudian diikutui dengan tepung gandum ,  sedikit garam dan juga gula sedikit jika mahu. 

Air tidak diperlukan dalam proses membuat adunan kuih ini. 

Percaya atau tidak ,  hingga kini saya masih gagal nak dapatkan tekstur yang diluar rangup dan lembut di dalam. Saya memang tidak mahir bab membuat kuih bagai ni. Terkadang kuih ni makan minyak hasilnya. 

Berapa kali dah saya belajar dari partner saya,  tapi masih belum dapat hasil seperti yang diajarnya. 

Sejujurnya pasangan saya lebih pandai memasak dari saya. Setiap masakannya complete cukup semua rasa. Patut saya selalu dengar ,  kalau lelaki masuk dapur ,  masakannya lebih sedap dari perempuan 😅😅🙏🙏

Comments

Popular Posts