FILEM TAROT


TAROT

Tajuknya tu kalau boleh sila tukarkan pada carut  😆😆 ajuuuuum kite carut reramai pada sapa yang dah nengok citer ni 

Cerita ni berjaya buang masa makcik 😆😆 makcik tanaaaak bagi bintang waima bulan sekalipun. Makcik bagi binatang ja satu 😆😆. Dan keeeer makcik tanak dengar cakap pakcik jangan nengok citer cenggini tadi  😅😅. 

Sofia dan julie dua pasangan kembar yang menyukai lelaki yang sama (Tristan) .  Julia sempurna wajahnya ,  manakala sofia cacat sebelah muka dari lahir . Bila sofia tahu bahawa lelaki yang dicintainya memilih Julia ,  dia mengambil jalan singkat dengan membunuh diri ( terjun dari bangunan ) .

Yang lelakinyer puuun... Dasaaaaar...pi melayan dedua sekali padan ke muka lah hidup tak tenteram. Pasangan kekasih ni  sentiasa diganggu hantu Sofia. Ateeeer  ko ingat Sofia tu nak bagi korang hidup bahagia  😆😆  malaaam sikit . 

Pasangan ni awalnya merancang nak menikah lepas kematian Sofia ,  jadi kekonon nak tiru ala-ala mat salleh gitu ,  depa pi lah tilik kad .  Awai lagi dah mak esah ( gelaran ni makcik sendiri bagi 😆)  tu habaq ,  kehidupan depa tu tak akan tenteram disebabkan ada dendam di masa silam yang follow subscribe join dan sebagainya 😋 kehidupan depa dan akan menghantui depa sehingga depa mati. 

Banyak kejadian aneh berlaku kat dalam rumah depa lepas depa pi tilik kad. Tu laaaah... Dah tau tilik-tilik ni berdosa yang hangpa pi galak tilik wat pa... Kan dah tak memasai hidup dalam ketakutan. ( ingaaat naaa..... Jangan mendekati atau menilik /meramal masa depan... Dosa besaq wooo... Ni makcik pesan ) 

Citer ni memang save bajet gila.  Lokasi dalam ghumah ja ,  selit sekolah pun sikit -sikit jangan tidak . Pelakon lak 2-3 oram je dengan jalan cerita tunggang langgang dalam ghumah yang sedia-sedia huru hara. 

Nak masuk part lawak depa cari kad tilik tu dengan mak esah tak jumpa. Last-last dah zaman moden lah katakan... Tak gheti-gheti nak online. Depa sambung lagi tilik guna online puleeeks 😅😅 ( payment boleh guna e -wallet /debit /online banking bagai lah kot 😂) dah buat pembayaran tu jangan lupa nanti send resit sekali bukti pembayaran 😆😆. 

🤣🤣🤣 ending dia jangan tanya makcik ,  sebab makcik terus kalih nengok citer Rock OO lagi best 😆😆😆

Comments

Popular Posts