korea movie : all of us are dead
Habis dah nengok cerita ni.Hurrrrmmm nak bagi berapa eh kat citer ni 😅😅
Permulaan cerita hingga ke episod akhir episod 12 memang makcik akui best sangat jalan ceritanya yang penuh dengan kejutan bagai boleh buat berdebar nengok aksi sekumpulan pelajar yang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan diri untuk keluar dari kawasan sekolah yang dipenuhi dengan ratusan zombie di sekeliling mereka.
Terselit rasa sedih dan juga marah tika menonton cerita ni.Sedih disebabkan semangat setiakawan yang ditunjukkan yang mana seorang demi seorang rakan baik dari kumpulan pelajar ni sanggup mengorbankan nyawa mereka bagi memastikan sekumpulan kecil rakan mereka boleh lari menyelamatkan diri ke tempat yang selamat.
Geram disebabkan pasukan penyelamat lambat bertindak menyelamatkan sekumpulan pelajar yang masih belum diserang zombie.Dah lah lambat bertindak bila dah sampai tu elok je naikkan beberapa pelajar atas helikopter , mereka terpaksa turunkan semula pelajar tersebut ikut arahan pihak atasan kerana bimbang pelajar tersebut telah dijangkiti wabak zombie tersebut.
Bermulalah episod syahdu , sedih bagai yang ditempuhi sepanjang mereka usaha menyelamatkan diri sesama mereka.Dalam masa yang sama , ada juga yang mementingkan diri sendiri sanggup korbankan rakan mereka jadi mangsa zombie.
Terikut sedihlah jugak bila tengok pengorbanan yang ditunjukkan dalam cerita ni oleh ibu , ayah , rakan serta adik yang membiarkan diri mereka dibaham dek zombie bagi memberi ruang dan peluang mereka yang terselamat melarikan diri.
Ok.. Sampai part endingnya... Heeeeh 😏😏😒😒 12 episod kooot makcik tengok... Setiap episod makan masa sejam lebih ha...
Part endingnyer tu mulut makcik ternganga sambil keluar ayat huuuh... Takkan camni je endingnya tu 😅😅😅 jem kreeeng kepala makcik.
Spoil... Sangkut oiii... Sangkut di kepala ni ending tergantung gitu ala -ala korang pikirlah sendiri pe kesudahannya...Umpama macam ada sambungan lagi... Nak nyambung ke haper ke buatlah ending tu ok sikit 😆😆
Makcik malas nak cakap banyak , yang belum nengok tu korang nengoklah sendiri sampai kesudah endingnya... Tapi yang makcik boleh kata citer ni memang best... Spoil kat ending je...
Awal makcik nak bagi 10/10 tapi disebabkan ending tu ngan episod 12 tu antara best ngan tak , makcik bagi 7/10 untuk citer ni...
Comments
Post a Comment