LEBUHRAYA


LEBUH RAYA
SO PUBLISHING
RM 22.00
M/S 199

Gabungan 20 orang penulis menghasilkan cerpen yang berkaitan dengan kisah-kisah seram di lebuh raya .
“Lebuh raya … bukan kita sahaja yang gunakannya”

Lambaian Sumandak - Pethronella Raimi

Lokasi Sabah menjadi pilihan penulis.Sesekali membaca buku yang ada dialek negeri lain seronok juga . 
Sedikit ringkasan cerpen :
Perjalanan empat orang sahabat untuk menghadiri majlis perkahwinan di kampung Michelle terganggu dengan berbagai kejadian mistik . Kereta yang di pandu Salfarina hampir terbabas masuk ke gaung , manakala Apoy pula diganggu dengan kelibat seorang gadis misteri yang selalu muncul pada malam hari di kawasan itu . Kegembiraan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila gangguan demi gangguan muncul di sepanjang perjalanan .

⭐⭐

       2.   Laluan Seram - Aida Mahelen

Laluan untuk pulang ke rumah Ida sering kali di dengarinya dengan pelbagai cerita yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus . Pada malam hari pula , tidak dibenarkan membawa sebarang jenis makanan berdarah walaupun sudah dimasak bagi mengelakkan gangguan makhluk halus di kawasan tersebut . Terleka dengan pantang larang tersebut mengundang jelmaan makhluk halus yang mengganggu perjalanan balik ke rumah . Ida yang hanya ditemani adiknya Fify diganggu dengan berbagai jenis jelmaan yang mdnghalang perjalanan mereka untuk pulang ke rumah . Menyedari kesilapan melanggar pantang larang , Ida membuang sedikit makanan itu di jalan tersebut dengan harapan makhluk tersebut tidak mengganggu mereka lagi . Ternyata tanggapan Ida silap , gangguan tersebut terus mengekori mereka hingga ke rumah .

⭐⭐⭐

      3.      Mimpi - Nor Husna Mohd Rosli

Akibat tidak mendengar nasihat ibunya yang melarang masuk ke kawasan hutan larangan , Zakwan lenyap selamanya di alam bunian dan tidak mungkin boleh kembali semula ke alam manusia . Kesal dengan kedegilan diri tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk bertemu kembali keluarganya . 

⭐⭐

     4.      Penunggu Kampung Batu 13 - Ahmad Mahzan Borhan

Misteri kehilangan Syafiq seorang pemuda anak orang kenamaan mendapat perhatian wartawan dan juga orang ramai . Pihak polis juga turut terlibat dalam menjejaki mangsa tetapi tidak berjaya merungkai misteri kehilangan Syafiq . Dia seolah-olah ghaib dari alam nyata . Kehilangan Syafiq berlaku semasa dia melalui Jalan lama ke Kampung Batu 13 yang sudah lama dikosongkan . Kehilangannya menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya .

⭐⭐⭐⭐

      5.     Serban Dan Senduduk Putih - Mohamad Khairi Mohamad Ani

Kemalangan yang berpunca dari kecuaian Hafiz kerana tercabar dengan kereta yang mengajaknya berlumba di lebuh raya menghantui dirinya semula selepas 5 bulan kejadian itu berlaku . Di hentian R&R Tapah , Hafiz secara tidak sengaja menumpangkan jelmaan roh yang mati akibat kemalangan tersebut . Roh tersebut menyerupai seorang tua dan menemaninya di sepanjang perjalanan . Berlaku kejadian aneh dalam perjalanan tersebut hingga mengakibatkan kemalangan . 

⭐⭐⭐

      6.      Misteri Di Lebuh Raya - Shahida Hani Mohamad Shariff

Azmi nyaris menjadi mangsa pemujaan syaitan apabila kereta yang dipandunya terbabas secara tiba-tiba dalam perjalanan menuju arah utara . Kawasan tersebut memang terkenal dengan kemalangan maut yang telah meragut beberapa nyawa . Tetapi kesemua mangsa tidak dijumpai dan ghaib begitu saja . Roh-roh yang tidak tenteram memang sengaja dilepaskan di kawasan tersebut untuk mengakibatkan kemalangan dan jasad mangsa di bawa masuk ke hutan untuk diambil jantungnya sebagai pemujaan syaitan . 

⭐⭐⭐

        7.     Penjaga Mimpi - Haizar Nor

Akibat tidak mengendahkan nasihat rakannya supaya tidak memandu dengan laju telah mengakibatkan kereta yang dipandu Zack terbabas dan mengakibatkan kemalangan . Dalam keadaan separuh sedar ( koma ) !, Zack bermimpi bertemu dengan penjaga mimpi . Berbagai soalan diajukan kepada Zack , dan seandainya Zack ingin terus hidup dia harus menjawab soalan tersebut dengan betul dan sekiranya salah dia akan terus kekal di alam itu ( mati ).

⭐⭐

      8.      Tahyul - M.Rizal A.Razak

Shahrul seorang pemuda yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu 5 . Kawasan tersebut sering dimomokkan dengan cerita-cerita mistik . Shahrul tidak mempercayai kewujudan entiti halus di kawasan tersebut mengambil keputusan mengajan rakannya Baiton menyiasat kebenaran kata-kata Tok Jakku tentang kawasan tersebut secara senyap-senyap . Ternyata gerak hatinya benar , tidak ada makhluk halus di kawasan tersebut tetapi tersembunyi satu sindiket penyeludupan manusia . Kisah-kisah misteri sengaja direka supaya dapat mengaburi pemikiran orang ramai supaya takut melaui kawasan tersebut . Nasib tidak menyebelahi Shahrul dan Baiton apabila intipan mereka disedari Tok Jakku yang merupakan kepala kepada penyeludupan itu . 

⭐⭐⭐⭐⭐

      9.       Psikotik - Zakuan Faizz

Sejak kematian kedua orang tuanya , Aina dibela dan dijaga oleh keluarga angkatnya iaitu Zila dan Nizam . Saban hari Aina dipukul dan dimaki hamun oleh kedua pasangan itu . Akibat dari penderaan itu , bukan saja fizikal Aina terdera terapi mentalnya juga terganggu hingga menimbulkan rasa benci yang mendalam terhadap keluarga angkatnya . Sering muncul suara-suara halus serta kelibat bayangan yang menggangu Aina . Dia sering berhalusinasi akibat tekanan perasaan . Lebih teruk lagi apabila dia menyimpan hasrat untuk membunuh kedua orang tuanya itu .

⭐⭐⭐

      10.     Anggerik Malam - Baharuddin Sairi

Penumpang misteri menumpang naik kereta sepasang suami isteri .Nenek tua itu meminta pertolongan untuk menumpang hingga ke selekoh jalan . Setibanya di kawasan yang dimaksudkan nenek tua itu ghaib dan yang tinggal hanyalah sebakul raga yang berisi bunga anggerik kering . Laluan lebuh raya yang mereka lalui itu memang agak keras .

⭐⭐⭐⭐

      11.      Jenazah Tok Man - Farouk Shedeq

Terhibur seketika membaca cerpen ini , terselit lawak dalam seram .

Haikal dan Sarifudin diarahkan menghantar mayat Tok Man ke kampung halamannya untuk diserahkan kepada keluarga waris bagi menguruskan upacara pengebumian . Bertugas sebagai pemandu van jenazah memerlukan jiwa yang kental . Di sepanjang perjalanan membawa jenazah Tok Man , berlaku beberapa pengalaman ngeri yang menggangu kelancaran perjalanan mereka untuk sampai ke destinasi . 

⭐⭐⭐⭐⭐

        12.        Bungkusan Rahsia - Abdullah Marsuki

Hafiz ditugaskan untuk menghantar barang ke Terengganu . Walaupun perjalanan memakan masa agak lama dari Kuala Lumpur ke Terengganu , tetapi demi tugasan yang diberikan dia pergi juga ditemani rakannya Ramli . Dalam perjalanan , keretanya bertembung dengan Volkswagen lama berwarna kuning . Bila dilihat dari dekat baru Hafiz perasan yang kereta itu tidak mempunyai pemandu . Malang menimpa apabila kereta dipandunya rosak dipertengahan jalan . Muncul tiba- tiba seorang wanita menghulurkan bantuan mengajak Hafiz menumpang vespa lama . Tertanya-tanya Hafiz sendirian seolah-olah hanya dia seorang saja yang diganggu dengan berbagai kejadian seram . Ramli pula hilang secara tiba-tiba . 

⭐⭐⭐

         13.       Ini Semua Kau Punya Pasal! - Harith Hakeem

Syah meminta pertolongan dari rakannya untuk mengambil dia malam itu . Atas dasar kawan , Lokman bersetuju mengambil Syah . Dalam perjalanan pulang ke Kluang mereka terserempak seorang lelaki tua di hentian . Lokman menawarkan bantuan untuk menghantar lelaki tua itu pulang memandangkan destinasi mereka sama . Setibanya di kawasan perkuburan lelaki itu meminta Lokman menurunkannya di situ . Terasa aneh dan seram dengan permintaan tersebut , Lokman menurunkan lelaki tua itu di kawasan yang di arahkan berhenti dan segera memecut laju keretanya . Perasaan cemas kembali mengganggu diri Lokman apabila mendapat panggilan telefon dari Syah secara tiba-tiba . Seram apabila mengenangkan penumpang yang menemaninya di sepanjang jalan tadi bukan rakannya , tetapi  jelmaan makhluk halus . 

⭐⭐⭐⭐

           14 .     Di Mana Adiera ? - Qash Diera

Pemanduan Adiera ke kampung halamannya Jerteh terganggu dengan kelibat makhluk halus di kawasan lebuh raya yang dilaluinya . Dikuatkan semangat agar diteruskan juga pemanduan hingga ke Jerteh . Tanpa Adiera sedari , dirinya telah ditumpangi makhluk yang muncul mengganggunya dalam perjalanan pulang . Perangainya makin berubah dari hari ke hari . Menyedari hal itu , ayahnya memanggil ustaz untuk mengubatinya . 

⭐⭐

      15.          Syhhh… - Fikri Rahman

Roh mangsa yang dipancung bagi tujuan mengukuhkan jambatan sering mengganggu pengguna lebuh raya Bukit Kelawar .Jani antara salah seorang mangsa yang diganggu hingga mengakibatkan dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya . 

⭐⭐⭐

      16.         Lambaian Puaka - Azreel Rosli Mat Dawi

Kematian sepasang kekasih dalam keadaan mengerikan di sebuah jambatan menuntut korban yang melalui jambatan tersebut . Jambatan itu dikatakan berpuaka kerana sering berlaku kemalangan maut di situ . 

⭐⭐⭐

       17.         Di Kala Malam Bulan Mengambang - Adi Herman

Suriana bekerja di sebuah kilang sebagai kerani di bahagian unit pentadbiran . Kerjanya kadang-kadang memerlukan Suriana bertugas hingga ke lewat malam . Nasrul adik kepada Suriana ditugaskan untuk mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah setiap hari . Malang menimpa Suriana apabila satu malam , dia diganggu dengan jelmaan makhluk halus sewaktu menunggu adiknya lewat mengambilnya gara-gara tayar motorsikal pancit .

⭐⭐⭐

       18.         Keteguran - Wan Juhaida Wan Hassan

Sarina isteri kepada Marhakim keteguran semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.Semasa melalui lebuh raya Karak , Sarina ternampak seorang ibu dan seorang anak . Tetapi hanya Sarina seorang saja yang ternampak ibu dan anak itu.Selepas menegur memberitahu suaminya rasa simpati melihat ibu dan anak berjalan di tengah hujan , perwatakan Sarina berubah . Tubuhnya ditumpangi makhluk halus yang ditegurnya tadi . Setibanya di tol , Marhakim dibantu oleh petugas jurutol yang menyedari kehadiran makhlus tak diundang di dalam kereta mereka .

⭐⭐⭐⭐

19.        Hilang - AC Jaffrie

Berita ibunya jatuh sakit , membuatkan Majid nekad untuk pulang ke kampung pada malam itu juga walaupun telah dipujuk berkali-kali oleh isterinya Zizah agar bertolak keesokkan paginya . Dalam perjalanan menuju kampung , Majid hilang tersesat di alam bunian semasa berhenti di tepi jalan . Zizah meminta bantuan peronda lebuh raya yang kebetulan lalu di kawasan tersebut untuk mencari suaminya yang tidak muncul beberapa jam . Menurut peronda lebuh raya tersebut , ini bukanlah kes hilang yang pertama . Dengan bantuan seorang ustaz dan petugas lebuh raya , Majid dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri .

⭐⭐⭐⭐

 20.        Cerin - Fendi Ameen

Jalil tidak percaya dengan cerita-cerita mistik yang sering jadi bualan kawan-kawannya.Dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya melalui lebuh raya utara dengan hanya menunggang motor pada malam itu , dia diganggu dengan makhluk berambut panjang yang sering diceritakan oleh kawan-kawannya . Terngiang-ngiang kembali cerita-cerita tersebut di telinganya , sama seperti kejadian yang di alaminya ketika itu .

⭐⭐

Comments

Popular Posts