LIVING ON JET PLANE
So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
'Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go 😌😌😌
Bila terdengar sahaja lagu ni , otak terus auto teringat babak scene romantis sedih dalam cerita Armagedon.Lakonan hebat yang dipersembahkan dari pelakon berbibir mungil dan berwajah seksi ini antara pelakon pujaan saya iaitu Liz Tyler.
Lagu ni berkumandang sewaktu si kekasih hati yang bertugas sebagai angkasawan bertemu si dara pujaannya sebelum berlepas ke ruang angkasa bagi menjalankan tugasan yang diberikan demi menyelamatkan dunia.
Pada babak ni hati saya sudah sayu dan pilu pabila teman lelakinya menyanyikan lagu di atas sambil memeluk teman wanitanya sebelum berlepas.
Bait lagu ini yang disampaikan oleh kekasih hatinya seolah dia akan pergi dan berharap agar dapat kembali berjumpa teman wanitanya dan melamarnya pada waktu itu.
Berpesan pada teman wanitanya agar berjanji akan setia menanti kepulangannya.
Lirik lagu ini pun dah menggambarkan rasa sedih dalam penantian percintaan.
Liz Tyler merupan anak kepada penyanyi rock terhebat iaitu Steven Tyler anggota utama merangkap vokali kumpulan Aerosmith yang popular dengan lagu bertajuk Amargedon sama seperti tajuk filem ini.
Comments
Post a Comment