LOCKED UP SEASON 1 ( VIS A VIS )


LOCKED UP (  VIS A VIS ) 
SPAIN/SEPANYOL
SEASON 1
12 EPISODE

*Amaran : Tidak sesuai ditonton bersama kanak-kanak *

Baru habis tengok season 1. Ingatkan habis dah rupa-rupanya ada 5 season ,  dan setiap season ada
12 -13 episod.Setiap episod pula berdurasi 1 jam lebih. 

Bagi yang suka cerita genre thriller bolehlah tengok cerita ni.Setiap episod penuh aksi mencemaskan dan ngilu.Kiranya cerita ni dari awal akhir penuh darahlah sana sini. 

Walaupun cerita ni agak berat dan perjalanan cerita di setiap episod agak panjang dalam 1 jam lebih ,  bagi Reyna cerita ni di setiap episod tiada spoil langsung dan di setiap ending cerita tak ada part tergantung yang buat kit nak push diri tengok bagi perabis semua season dalam jangka waktu terdekat.Maknanya ,  kalau habis tonton episod satu ,  boleh rileks santai-santai nak sambung episod dua tu keesokkan harinya. 

Cerita ni Reyna rekemen korang tengok ,  memang tak mengecewakan cuma tidak sesuai untuk tontonan umum. Faham-faham sajalah ceritanya pun di penjara perempuan ,  jadinya tiada istilah segan silu dah sama jantina. 

Ok kita review sikit cerita ni untuk season satu.Kisah banduan perempuan dalam penjara di Cruz De Sur yang di penuhi dengan pesalah laku pelbagai kes jenayah yang dilakukan. 

Kehidupan di penjara berpuak-puak mengikut kekuatan banduan yang berjaya menakutkan serta berlawan dengan banduan lain yang akhirnya di  angkat menjadi ketua kumpulan di setiap kelompok sesama mereka. 

Antara banduan yang ditakuti ialah Zulema Zahir.Apa saja arahan yang dikeluarkan oleh Zulema semua patuh dan takut untuk melawan arahan yang diberikan.Tetapi keadaan berubah selepas seorang banduan bernama Macarena Ferreiro masuk ke dalam lokap tersebut. 

Macarena dimasukkan atas kesalahan menggubal wang haram bersama kekasih gelapnya iaitu bosnya dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. 

Macarena terkenal dikalangan banduan kerana keberaniannya melawan sesiapa sahaja termasuk zulema.Mereka bersaing untuk berebut mendapatkan wang yang telah disorokkan oleh seorang banduan yang telah mati bernama Paloma iaitu sebanyak 9 Juta Euro. 

Banyak aksi ganas dalam cerita ni sepanjang episod.Antara part ngilu yang tak boleh dilupa ialah ketika zulema membuat beberapa perancangan untuk menggugurkan kandungan Macarena yang mencecah baru beberapa minggu.Ada juga part yang Reyna skip dengan tutup mata guna tangan 😆😆🤭🤭. Kalau cerita hantu boleh gagah lagi.. Tapi ni part-part ngilu memang tak boleh dimaafkan 😅. 

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243"
     crossorigin="anonymous"></script>
Dalam cerita ni memang detail ditunjukkan suasana dalam penjara ,  kegiatan aktiviti banduan seludup masuk pelbagai barang termasuk d*d*h dan juga senjata merbahaya. 

Bukan setakat itu sahaja tapi salah laku pihak pengawal penjara dan juga doktor yang terdiri dari berlainan jantina. Banduan di ugut untuk melakukan apa arahan pengawal / doktor tanpa paksaan sekiranya mahukan kehidupan yang selesa di dalam penjara. 

Oklah... Yang lain korang tengoklah sendiri 🤭🤭 Reyna nak sambung season 2  pulak 😆😆

Untuk season 1 reyna beri 10/10

Comments

Popular Posts