MAKANAN TAMBAHAN BAGI PESAKIT MDD
Makanan tambahan...
Velvet Bean...
Terbaca dari satu page yang beritahu khasiat kacang ni untuk pesakit Mdd & anxiety.
Kacang ni boleh digunakan sebagai ubat penenang untuk penghidap Mdd & anxiety . Boleh mengurangkan tekanan dan stabilkan semula mood yang tengah swing tu.
Cara makan boleh dipelbagaikan :
*Boleh blend jadikan serbuk untuk diminum.
*Boleh direbus dijadikan bahan kunyah seperti makan kacang rebus.
*Boleh dijadikan sayur untuk dimakan dengan nasi.Sesuai dicampur dalam masakan berkuah atau goreng.
Cara hidangan :
Rendam segengam kacang ni pada waktu malam dan masak keesokkan harinya.Kupas kulitnya selepas direbus.
Perhatian :
Kacang ni tak boleh makan lebih dari segenggam sehari kerana ada kesan sampingan seperti :
*Sakit perut memulas
*Kembung perut
*Insomnia
*Halusinasi.
Dinasihatkan makan selang satu hari atau seminggu 3kali sahaja.
Harap ok lah makan kacang ni . Tak larat dah makan ubat doktor dalam dos tinggi , mood tetap on & off juga.Kadang-kadang berhari-hari berkurung dalam bilik tak nak bercakap dengan sesiapa pun.Emosi pula bukan makin elok , untuk seminggu awal je baik , lepas dari tu makin teruk sebab badan dah kebal dengan ubat tu.
Tu belum cerita part rambut lagi.Rambut makin hari makin menipis gugur banyak dah macam orang buat kimo pula . Setiap kali bangun tidur , bergenang air mata tengok helaian rambut banyak di lantai .Tu belum part masa mandi lagi , syampu je rambut tengok banyak rambut ikut melekat di tangan gugur.😓😓😓😓
Rasanya banyak-banyak dugaan , tahun ni paling mencabar.Semoga terus diberi kekuatan.Aamiin...
Just share post ni pasal makanan tambahan untuk pesakit macam Reyna.Mana tahu kalau ada yang nak mencuba.Semoga berhasil.
Aamiin....
Comments
Post a Comment