Money Heist: Korea – Joint Economic Area
Money Heist: Korea – Joint Economic Area
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
Ok... Puas dah gelak. Tak tahu ketawa suka ke atau ketawa sebab hati tersakiti 😆.
Sekali lagi terkena ending cerita mulut ternganga sambil terkeluar perkataan 'ha...? ' 🤣🤣🤣 punyalah beria marathon ending cenggitu je.Suka sangatlah buat citer sangkut-sangkut ni.Boleh buat double kemurungan tau.. Tabaaaaiklaaaah diaorang ni 🤣🤣🤣🤣🤣
Sebenarnya cerita ni takdelah hambar sangat.Reyna suka dengan jalan ceritanya tu, menarik cuma perjalanan cerita tu agak slow jadi meleret sikitlah.Tapi still lagi boleh layan.Cuma bila ending dia camtu jadi nak marah pula kiter dibuatnya 😅😅
Kisah sekumpulan perompak yang dipilih secara rambang dari pelbagai bidang kerjaya bagi menjalankan operasi merompak di kilang mencetak wang.Tujuan utama sebenar bukan ke arah merompak dengan mengambil wang yang sedia ada di kilang tersebut. Tetapi tertumpu kepada mencetak wang di kilang tersebut dalam kuantiti yang diinginkan dalam tempoh yang telah dirancang.
Nama samaran pula diberikan mengikut negara yang dipilih sebelum operasi dimulakan.Terdapat mangsa tebusan dalam kilang yang ditawan bagi menjayakan misi yang telah dirancang.
Operasi tersebut diketuai seorang lelaki yang menggelarkan diri sebagai profesor yang memberi arahan serta mengawal keseluruhan aktiviti orang bawahannya dari luar kawasan kilang.
Cerita ni tak adalah bosan sangat , tapi lagi bagus rasanya kalau ending dia tak tergantung tengah jalan.Dah lah tu tergantungnya tu pada part yang kampreeeetlah 🤣🤣🤣. Buatlah ending tu saspen ke buat kita cemas nak nunggu sambungan seterusnya ke.
Kalau nak tau endingnya camna tu korang tengoklah sendiri tak bestlah reyna sorang je yang tersakiti... Biar ramai-ramai tersakiti secara berjemaah jom 🤣🤣🤣
6/10 untuk cerita ni
Comments
Post a Comment