Novel Rosmoh Perempuan Puaka


ROSMOH PEREMPUAN PUAKA
NAUFAL TARMIZI
LEJEN PRESS
RM20.00
281 M/S

Jangan menilai buku melalui tajuknya.Baca dahulu baru tahu isi ceritanya . Cerita ini tiada kaitan langsung dengan ……….  Oppppsss 🙊🙊🙊😅😅😅

Buku ini mengisahkan tentang hantu purdah atau lebih dikenali sebagai hantu kum kum yang mengganas di Felda Gunung Perawan. Ramai anak dara menjadi korban , setiap hari ada saja berita kematian yang diterima .

Rosmoh , seorang gadis yang mempunyai rupa paras yang kurang menarik . Akibat selalu dihina dan diejek oleh penduduk kampung , Rosmoh nekad berjumpa dengan bomoh Surya untuk menanam susuk di wajahnya agar sentiasa nampak cantik menawan di mata orang ramai . Antara pantang larang yang ditetapkan ialah dia tidak boleh melihat langsung wajahnya di cermin.Tanpa berfikir panjang , Rosmoh bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

Perjanjian dengan syaitan tidak ada yang membawa kebaikkan , yang hadir hanya keburukkan.Rosmoh terlanggar pantang larangnya , kerana sering dipuji orang sekeliling perihal kecantikkan dirinya , Rosmoh mengambil keputusan untuk melihat sendiri wajahnya yang sering diperkatakan orang ramai hingga dia menjadi kegilaan ramai lelaki . Wajahnya berubah menjadi hodoh dari asal dan syarat untuk mengembalikan kecantikkan rupa parasnya , dia harus mengorbankan darah anak dara seramai 41 orang selama 41 hari.

⭐⭐⭐⭐

Comments

Popular Posts