Novel Town Mall
TOWN MALL
HASRUDI JAWAWI
BUKU PRIMA
RM 29.00
737 M/S
Tamat sudah bacaan novel Town Mall , terasa diri ini ikut terkurung sama di dalam bangunan Town Mall .Buku ini sangat menarik kerana ceritanya berdasarkan kisah benar bangunan Palm Mall , Seremban . Bangunan yang terbengkalai binaannya selama 10 tahun dan kisah misteri di setiap tandas yang tidak bercermin juga ada diceritakan dalam buku ini . Bagi yang ingin mengetahui kisah mistik disebalik bangunan tersebut wajib baca novel Town Mall.Buku ini memang agak tebal tapi berbaloi milikinya.Perasaan ingin tahu kewujudan hantu pocong dan misteri wanita berambut panjang membuatkan Reyna tidak boleh berhenti membacanya .
Sedikit ringkasan cerita Town Mall ,
Bangunan yang terbengkalai lama hampir 10 tahun telah disambung semula binaannya oleh beberapa syarikat yang terpilih.Sebelum ini memang ada khabar-khabar angin yang menyatakan punca bangunan tersebut terberhenti binaannnya sebelum ini adalah berpunca dari gangguan mistik.Setelah diambil alih kontrak binaan semula bangunan tersebut , kejadian yang sama masih berulang kembali.Pelbagai cara telah diusahakan antaranya menggunakan khidmat bomoh untuk menghalau gangguan tersebut tetapi gangguan tersebut tetap berlaku . Gangguan tersebut adalah berpunca dari roh yang tidak aman bangun semula menuntut kebebasan .
Beberapa orang pekerja juga terbunuh disepanjang tempoh binaan tersebut angkara roh tersebut.Pihak yang menguruskan projek tersebut Rusdi dan juga Ariani menjadi mangsa dendam roh tersebut.Mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.
Setelah beberapa lama , akhirnya bangunan itu siap juga akhirnya dan diberi nama Town Mall . Gangguan mistik tidak berhenti di situ saja , malah mengganggu pekerja di mall tersebut dan juga pengunjung . Di setiap tandas bangunan pula tidak diletakkan cermin kerana pihak pemaju tidak dapat menyelesaikan masaalah yang mana setiap kali pekerja memasang cermin di tandas bangunan tersebut , selepas 1 jam cermin tersebut akan pecah dengan sendirinya tanpa sebab.Pihak pemaju mengambil keputusan untuk tidak menyediakan cermin di setiap tandas di bangunan berkenaan.
Empat sekawan yang terdiri daripada Adha , Yusof , Marini dan juga Danie antara pekerja mall yang turut diganggu roh tersebut.Mereka membuat keputusan untuk merungkai apa sebenarnya yang menghantui serta mengganggu bangunan tersebut.Permainan ouija dipilih sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan roh yang tidak aman tersebut serta untuk mengetahui apa sebenarnya yang belum selesai antara roh tersebut dengan bangunan itu.Permainan tersebut dimulakan dan mahkluk yang diseru menjelma , oleh kerana takut mereka tidak menamatkan permainan itu dengan cara betul.Roh tersebut terus memburu serta menghantui hidup mereka.Danie dan Adha ditemui mati dalam keadaan mengerikan , manakala Marini dirasuk roh tersebut tanpa mahu meninggalkan jasadnya dan Yusof hilang tanpa jejak secara tiba-tiba.Punca roh tersebut muncul semula membalas dendam ada kaitan dengan apa yang telah mereka abaikan 12 tahun lalu .
“JANGAN ABAIKAN APA YANG KAU LIHAT !”
🌟🌟🌟🌟
Comments
Post a Comment