PABILA TIBA WAKTU AJAL


Apabila matinya anak Adam...maka terputuslah segala amalan kecuali:

1)Ilmu yang bermanfaat
2)Sedekah jariah
3)Doa anak soleh

Yang hidup pasti akan merasai mati , yang pergi tidak akan pernah kembali.

Sekali lagi dapat berita sedih untuk kali ke berapa dalam tahun ni pemergian seorang kenalan rapat yang telah pergi menghadap Ilahi.

Terasa sayu sangat hati ketika hendak memadam nombor telefon arwah dalam hp ni.Makin hari , makin berkurang jumlah nombor yang telah disimpan dalam hp ni.

Nombor boleh dipadam tetapi kenangan semasa arwah hidup tidak dapat sama sekali dipadam dalam memori ni.
Bukan tak redha pemergianmu ,  cuma hati rasa ralat sebab bertangguh nak jumpa.

Sebab diri beranggapan esok masih ada , esok masih ada , masih ada waktu lagi.Rupa-rupanya diri ini sering leka dan terlupa bahawa ajal maut itu rahsia Allah.

Andai tertulis esok harinya , tiada siapa boleh menghalang pemergiannya.
Nekad dalam hati lepas ni kalau teringat nak jumpa sesiapa, kena pergi.Bimbang hati andai itulah pertemuan buat kali terakhir.
Damailah dikau disana...Hariku pasti tiba jua..semua yang hidup pasti akan merasainya...PASTI...

Al-fatihah....

Comments

Popular Posts