pemergian yang tidak akan kembali


Masih belum hilang lagi rasa terkejut  bila tahu penulis ni telah tiada. 

Tahu pun lepas naik memori beberapa bulan lepas ,  kemudian rasa nak sekodeng wall beliau sebab lama tak naik status beliau di wall Reyna. 

Bila sekodeng terkejut banyak ucapan takziah serta status berkenaan pemergian beliau yang tak akan kembali sampai bila-bila. 

Walaupun beliau seorang yang lantang bersuara, banyak ilmu yang beliau beri tunjuk ajar serta kata semangat yang diberikan masih lagi lekat di kepala ni. 
Arwah ni jenis tak suka tengok orang down dan putus asa ,  memang siaplah siapa yang nunjuk muka down depan beliau. 

Teringat lagi ayat yang selalu diulang ,  jangan malu untuk menulis di dinding mukabuku kerana di situ tempat kita belajar. 

Dari mukabuku setiap apa yang ditulis itulah keperibadian kita. Nak kenal seseorang mudah saja ,  kita lihat apa yang di tulis di dinding mukabuku mereka ,  lihat apa yang dikongsikan. 

Genang pula airmata berkongsi cerita perihal arwah. Arwah antara rakan mukabuku yang  boleh dikatakan rapat juga dengan Reyna. Beliau boleh jadi guru dan juga rakan... 

'Bagaimana kau memandang aku , 
Begitulah aku di matamu ' - Ad Rahman Ahmad 

Al-Fatihah abang Ad Rahman...
Tenanglah di kau di sana 
(Al-Fatihah) 

Comments

Popular Posts