PEOPLE NOWADAY
Andai boleh ditukar dengan penyakit lain... 😔
Terlalu letih dan penat berjuang tapi disebabkan berhadapan dengan sejenis manusia yang bila bercakap tak pandai nak jaga hati orang lain dan bercakap lepas nak pula berkait isu sakit mental , bagai diragut terus segala apa yang diperjuangkan.
Bagi manusia normal , apa yang diperkatakan orang pada dirinya paling lama tersimpan dalam hati dua tiga jam.Tapi bagi pesakit macam saya benda ni jadi bebanan bagi jiwa dan emosi.Berhari-hari mengganggu perasaan dan mengundang kemurungan.
Hati saya rapuh , jangan beranggapan saya sekuat dulu.Saya mohon pada yang nak pm tu , sebelum nak chat bertanyakan perihal sakit yang sedang ditanggung , cukuplah sekadar tanya dan dengar.Tak perlu bergurau kasar atau perlekehkan sakit ni.
Tak kelakar awak...Yang menderita saya, yang menanggung kesannya tu bukan setakat saya saja tapi pasangan saya juga terima kesannya sebab buntu tak tahu cara nak buat saya kembali tersenyum semula.
Sakit sangat... Teramat sakit...
Sekadar meluah rasa supaya tak berlaku lagi pada saya.Pada yang menjadi punca tu pun saya dah block di fb
Comments
Post a Comment