PUDING RAJA / PUDING DI RAJA


PUDING DI RAJA ... 

Pestaim nak meghasa ,  payah nak mencari makanan pencuci mulut ni. Bukan semua orang buat jual makanan yang satu ni. 

Kiranya ni rezeki makcik dapat merasa makanan ni. Rasanya hat makcik nengok kat medsos ada pisang tak silap. Tapi hat ni takdak..

Rege pun boleh tahan mungkin sebab bahan digunakan tu banyak menggunakan telur untuk buat jala emas tu. Nak pulak rege telur pun boleh tahan sekarang ni... Hat ni rm18 tak penuh bekas tu pun. Bolehlah nak buat lepas meghase acaner rasa kuih ni. 

Kalau ikutkan sejarah Puding Diraja ni... Asal usulnya adalah makanan pencuci mulut keluarga Di Raja Pahang.

Kalau diikutkan dessert ni menjadi hidangan keluarga Di Raja dalam majlis-majlis istimewa.Tapi sekarang ni rakyat biasa pun dah boleh merasa makan dessert ni.

Resepi asal Puding Diraja ni, menggunakan jala emas yang diperbuat daripada kuning telur itik.Disebabkan harganya yang semakin meningkat, ramai yang guna kuning telur ayam.

Antara bahan-bahan lain untuk membuat Puding Diraja Pahang ini adalah  pisang lemak manis, telur ayam (kuning saja), ceri, badam, prun, susu cair dan gula pasir.

Oklah... 

Citer panjang pun bukan hangpa nak rajin membaca 😆😆😆

Biaq makcik rasa dulu pencuci mulut ni nengok onz ke tak onz rasanyer tuuuu  😋😋😋😋

Comments

Popular Posts