REVIEW NOVEL ISTERI TUAN IHSAN


ISTERI TUAN IHSAN
SARA KYOKO
LOVENOVEL
RM25.00
441 M/S

Tersenyum-senyum sendiri semasa membaca buku ini.Genre komedi romantik ini berjaya mencuit hati . Kenakalan Seroja Irdina dan sikap tegas Tuan Ihsan membuatkan Reyna tidak boleh berenggang dengan novel ini.Ada saja kerenah Seroja Irdina menyakat Tuan Ihsan yang membuatkan hati ini ingin meneruskan bacaan tanpa henti.Terasa sweet sangat watak Seroja Irdina dan Tuan Ihsan tu  🙊🙊🙊🙈🙈😅.

Sedikit ringkasan cerita Isteri Tuan Ihsan ,

Tuan Ihsan merupakan seorang hartawan terkenal yang mempunyai banyak rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara.Berusia 47 tahun dan masih bujang.

Seroja Irdina anak kepada Imaninah,rakan kepada Tuan Ihsan.Berumur 24 tahun.Sebelum menghembuskan nafas terakhir , Imaninah mengamanahkan Tuan Ihsan untuk menjaga anaknya yang tidak mempunyai sesiapa kerana ayahnya juga telah meninggal dunia.Atas dasar persahabatan , Tuan Ihsan bersetuju memikul amanah yang diberikan.

Sikap Seroja Irdina terlalu kontra dengan Tuan Ihsan.Seroja merupakan seorang gadis yang nakal , degil dan manja manakala Tuan Ihsan seorang yang tegas dan ego. Sikap Seroja Irdina yang ramah serta baik hati membuatkan dia disayangi oleh pembantu-pembantu rumah Tuan Ihsan . Tanpa disedari lama kelamaan Tuan Ihsan telah jatuh hati kepada Seroja dan berhasrat untuk menyunting Seroja Irdina sebagai teman sehidup sematinya.Perangai gila-gila Seroja Irdina semakin hari semakin membuahkan rasa sayang dalam hatinya.Kenakalan Seroja Irdina membuatkan dirinya terasa terhibur dan tidak sunyi dengan telatah Seroja Irdina yang sering mengusiknya .

🌟🌟🌟🌟

Comments

Popular Posts