TEMAN ROH - MUHAMMAD FATRIM


TEMAN ROH
MUHAMMAD FATRIM
ROMAN
272 MS

Selesai sudah membaca buku Teman roh . Buku ini lebih menjurus kepada cerita penyiasatan yang dibantu oleh roh orang mati . Jalan cerita sangat menarik dan tidak membosankan , malah mengundang perasaan ingin tahu siapakah sebenarnya pembunuh misteri tersebut . Suspek juga tidak dapat diteka , otak sentiasa ligat berfikir semasa membaca buku ini cuba untuk meneka pembunuh sebenar . 

Sedikit ringkasan cerita ,

Suraya merupakan seorang pembaca berita tv13 yang diarahkan bertukar ke jabatan penyiasatan sebagai pengacara rancangan ops cegah jenayah . Sejak ditugaskan ke unit tersebut Suraya sering menerima nota-nota misteri yang menggunakan rama-rama sebagai petunjuk untuk sesuatu kejadian.Dia juga secara tidak langsung boleh melihat roh yang datang meminta bantuannya bagi menyelesaikan misteri kehilangan jasad roh tersebut iaitu Ryzal . Selain Ryzal , Suraya juga berkerjasama dengan seorang penyiasat persendirian yang mempunyai kuasa psikik.Kes kehilangan jasad Ryzal semakin rumit apabila melibatkan banyak suspek , lebih merumitkan apabila kesemua suspek tersebut mati dibunuh seorang demi seorang .Nyawa Suraya juga diancam bahaya kerana secara tidak langsung dia telah menganggu misi balas dendam yang dilancarkan pembunuh ke atas Dato mirdad . Hanya nota rama-rama saja yang boleh digunakan sebagai petunjuk kepada Suraya untuk membongkar dan menyiasat siapa pembunuh sebenar.

🌟🌟🌟🌟

Comments

Popular Posts