THE SILENT SEA
THE SILENT SEA
Better silent mode kan citer ni 😆😆😆 nak best lagi gi turn off.
Bagi sesiapa yang ada masalah kemurungan atau stress dengan pelbagai masalah , reyna tak cadangkan tengok citer ni. Nanti yang murung bertambah murung, yang stress jadi double stress.
Jalan cerita agak berat dan slow perjalanan cerita tu.Nak best lagi , payah nak hadam kalau jenis tak tumpu nengok.
Pelakon tu elok dah , hero citer 'Train To Busan' kot... Tapi dalam citer ni dia jadi buuuuusaaaaaanyer lahai 😌😌😌.
Ok.. Skip bebel...
Kisah sekumpulan angkasawan yang ditugaskan berlepas ke ruang legar angkasa bagi mengkaji air yang terdapat di angkasa diberi nama 'Air Qamari'.Sampai je mereka di angkasa , kapal /jet yang membawa mereka ke angkasa rosak dan mereka terpaksa berjalan ke terminal atau hentian/stesen yang terdapat di angkasa bagi menambah semula bekalan oksigen mereka yang hampir habis dengan cas di terminal tersebut.
Mereka berasa agak pelik dengan terminal / stesen tersebut dan mula explore / menyiasat seluruh kawasan dalaman stesen tersebut.
Suasana jadi agak cemas apabila mereka terjumpa banyak mayat di dalam terminal tersebut yang tidak diketahui punca.Seluruh mayat yang dijumpai kelihatan seperti mati kelemasan tapi tiada kawasan yang mempunyai air yang boleh menyebabkan kematian tersebut.
Dalam penyiasatan tersebut mereka terjumpa seorang kanak-kanak yang tidak normal sifatnya , gerak langkahnya agak pantas berlari dan wajahnya seperti kelopak pipi seekor ikan terbuka dan tertutup hingga nampak insang.
Beberapa ahli angkasawan mati sewaktu sesi menyiasat kejadian aneh yang berlaku dan apa kaitan air qamari dengan kes tersebut.
Ending dia tu.. Bolehlah... Sampaikan reyna tak ingat apa endingnya tu 🤣🤣🤣🤣
Secara jujur -sejujurnya reyna mampu beri 2/10 untuk citer ni 🤣🤣🤣🤣 sekiaaaaaan... 😆😆😆😆🤣🤣
Comments
Post a Comment