ANAK PATUNG NANA


ANAK PATUNG NANA
BUKU PRIMA
SUZANI NADZIR
MARIA KAJIWA
EQBAL MOHAYDEEN
SUFI ABQARI
RM23.00
542 M/S

ANAK PATUNG NANA - SUZANI NADZIR

Tamat sudah bacaan cerita Anak Patung Nana .Semasa membaca buku ini , perasaan seram dan sedih silih berganti ketika menghayati kisah Clara dan juga anak patungnya . Anak patung yang dijadikan mainan harian tiba-tiba boleh bergerak dan bercakap bukanlah satu perkara yang menyeronokkan malah mengundang perasaan takut dalam diri pemiliknya.

Buku ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang bernama Clara dilahirkan tidak sempurna iaitu cacat anggota badan.Sejak dilahirkan dia sudah dibenci oleh ayah kandungnya kerana malu mempunyai anak yang cacat.Clara ditinggalkan bersama ibunya Puan Khor.Layanan yang diberikan Puan Khor kepada Clara tidak seperti sepatutnya.Clara sering didera dan dimarah oleh Puan Khor.

Tanpa sengaja , pada suatu hari Puan Khor telah menolak Clara dari balkoni rumahnya kerana malu Clara menunjukkan diri di hadapan rakan-rakannya yang datang ke rumahnya.Akibat terlalu marah,Puan Khor memukul Clara tanpa rasa simpati dan menolak dia jatuh dari balkoni.Clara mengalami pendarahan teruk dan disahkan mati ditempat kejadian.Kerana terlalu rindu dan rasa bersalah pada anaknya,Puan Khor menyarungkan baju anaknya pada anak patung kesayangan Clara.Rambut Clara juga disambung ke anak patung tersebut diikuti dengan bacaan mantera supaya roh anaknya menyerap ke dalam tubuh patung tersebut.

Sejak dari itu , anak patung tersebut terus dihantui dengan roh Clara dan sering mengganggu kanak-kanak perempuan yang disukainya untuk dijadikan kawan.Seorang demi seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati lemas di kolam renang akibat perbuatan anak patung tersebut yang tanpa jemu terus menerus memburu mangsanya.

“SERU NAMA SAYA DAN SAYA AKAN DATANG”
🌟🌟🌟

              2. GUMANTHONG - MARIA KAJIWA

Tidak boleh katakan tidak pada karya yang dihasilkan oleh penulis ini . Tulisannya setakat ini belum pernah mengecewakan Reyna untuk terus membaca hasil karyanya.

Gumanthong adalah roh dari seorang bayi yang meninggal secara digugurkan dengan sengaja atau pun bayi yang masih bernyawa dan diambil dari rahim ibunya secara paksa tanpa menunggu proses bersalin secara normal.Amalan ini diamalkan beratus tahun dahulu sejak zaman peperangan di Thailand yang mana bayi yang tidak sempurna kelahirannya akan disalai dan dipuja rohnya untuk dijadikan tangkal kepada yang berhajat.Tangkal/azimat tersebut akan menjadikan segala hajat si pemakai terlaksana seperti yang diinginkan.Tetapi dalam masa yang sama , beberapa syarat juga telah ditetapkan bagi si pemakai.Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi , nyawa si pemakai dituntut sebagai ganti .

Sedikit ringkasan cerita Gumanthong ,

Luqman merupakan seorang peniaga barangan antik . Kerana minat yang mendalam terhadap barangan lama dia membuka satu kedai menjual barang-barang tersebut . Perabot antik lama kepunyaan arwah datuknya menarik minat Luqman untuk di bawa balik ke kedainya semasa dia pulang ke kampungnya.Ibunya juga membenarkan Luqman membawa pulang perabot tersebut kerana faham dengan minat anaknya pada barang-barang antik.

Sejak perabot tersebut di bawa ke kedainya , pelbagai kejadian aneh berlaku kepada Luqman . Perniagaannya juga lancar dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari sebelumnya.Selain itu dia juga sering terdengar suara bayi menangis dan juga ternampak kelibat kanak-kanak sering berdamping dengannya.Kejadian tersebut bukan saja mengganggu Luqman , malah isterinya Fatin juga diganggu perkara yang sama.Lebih teruk lagi , isterinya serta anak dalam kandungan mati disebabkan gangguan aneh tersebut.

Dengan bantuan sahabatnya Faisal , Luqman berjaya merungkai misteri gangguan tersebut.Ianya berpunca dari perabot antik datuknya yang mempunyai kisah beratus tahun lalu.Luqman secara tidak sengaja telah membuka dan menghidupkan semula Gumanthong yang telah dikunci oleh sami siam dengan mantera dan disimpan di dalam perabot tersebut beberapa tahun lampau supaya tidak ada lagi nyawa yang menjadi korban.Kerana sifat tamak mahukan kemewahan dunia , Luqman telah membuat perjanjian dengan Gumanthong untuk menerimanya dan bersetuju anak dan isterinya untuk dijadikan korban kepada Gumanthong.

“BUMI , LANGIT , AIR DAN API TIDAK MENERIMANYA!”

🌟🌟🌟🌟🌟

               3.  NGERI -EQBAL MOHAYDEEN

Permainan maut ditonjolkan dalam novel ini membuatkan rasa cemas yang mana mangsa ditangkap dan dipasang dengan alat-alat merbahaya yang boleh mengakibatkan kematian ngeri.Mangsa diberi masa untuk melepaskan diri , sekiranya berjaya mereka selamat.Tetapi jika sebaliknya mereka akan mati dalam keadaan ngeri dengan peralatan ditubuh mereka yang bergerak menghancurkan anggota badan mereka lalu mengakibatkan kematian serta merta.Mangsa seperti bermain permainan jigsaw puzzle yang mana kunci untuk menyelamatkan nyawa mereka ada tertanam di tubuh badan mereka.Banyak aksi ngeri , cemas dan ngilu ditulis di dalam cerita ini.Pembunuh sebenar tidak dapat dijangka , sehingga ke bahagian terakhir baru dirungkaikan segala persoalan.Memang tidak terjangka siapa pembunuhnya.

Sedikit ringkasan cerita , 

Fahrin,Natasha,Marlisa,Adam dan Muiz merupakan 5 sahabat karib.Mereka merupakan pelajar USM.Pada cuti penggal mereka bercadang untuk bercuti di rumah peninggalan ibu dan ayah Marlisa yang terletak di Kulim.Lokasinya juga agak jauh dari keriuhan bandar dan terletak di tengah hutan.

Percutian yang mereka sangka akan memberikan keseronokkan berakhir dengan tragedi yang tidak disangka-sangka.Muncul pembunuh terancang yang menculik dan membunuh seorang demi seorang . Pembunuhan secara permainan maut dicipta bagi menyeksa mangsa sebelum mereka mati dalam keadaan ngeri.Masa ditetapkan dan mereka perlu menyelamatkan diri mengikut masa yang ditetapkan.Tiada seorang pun yang terselamat kerana tempoh yang diberikan terlalu singkat.Motif pembunuhan adalah kerana dendam.Kejadian beberapa tahun lepas membuatkan pembunuh merancang pembunuhan terancang ke atas mereka.Kemalangan langgar lari yang dilakukan oleh mereka telah mengakibatkan kematian dan waris mangsa muncul bagi membalas dendam.Lebih mengejutkan lagi , pembunuh itu terdiri dikalangan mereka berlima . 

“APA YANG KAU PERCAYA TIDAK SEMESTINYA BETUL”

🌟🌟🌟🌟

         4. SOROK-SOROK -SUFI ABQARI

Selesai sudah bacaan yang terakhir buku projek seram Anak Patung Nana . Sorok-sorok berjaya menimbulkan rasa seram sejuk ketika membacanya.Bermain permainan sorok-sorok dengan makhluk alam lain bukan satu permainan yang menyeronokkan apatah lagi syarat yang dikenakan sepasang mata sebagai taruhan . 

Sedikit ringkasan cerita , Remmy diarahkan berpindah tempat kerja ke cawangan baru kerana prestasi kerjanya yang cemerlang.Dia tidak disenangi oleh rakan sekerjanya kerana sikap sombong dan angkuhnya . Oleh kerana tempat kerja barunya di negeri berlainan , Remmy terpaksa berpindah dan memilih flat lama sebagai rumah barunya tanpa memeriksa latar belakang flat itu.

Dari hari pertama berpindah ke flat itu dia sudah diganggu dengan berbagai perkara aneh yang menyeramkan.Hidupnya tidak terurus kerana lenanya sering terganggu dengan bunyi hilaian ketawa,suara bayi , bunyi paip air dibuka dan juga kerusi rotan yang sering muncul dihadapan rumahnya walaupun beberapa kali telah dibuang.

Selain sombong dan angkuh , Remmy juga terkenal dengan sikap suka bercakap besar.Dia telah dinasihatkan oleh rakan sekerja supaya tidak memilih lorong kemboja sebagai jalan pintas untuk pulang ke rumah . Atas kedegilannya itu , dia sering bertembung dengan kelibat seorang kanak-kanak di tepi jalan semasa melalui jalan tersebut.Tanpa disedarinya , dia terperangkap dalam perjanjian dengan makhluk halus yang menyerupai kanak-kanak tersebut untuk bermain satu permainan di kawasan tadika lama yang berhampiran . Permainan sorok-sorok harus ditamatkan dan syarat permainan sepasang mata sebagai taruhan . Sekiranya dia menang , makhluk tersebut akan memberikan matanya kepada Remmy dan sekiranya mata tersebut tidak diterima maka pusingan kedua akan diteruskan dan Remmy harus menggadaikan matanya bagi membatalkan perjanjian tersebut.

“BILA SALAH BERJANJI , MATA JADI GALANG GANTI”

🌟🌟🌟

Facebook : Reyna Arryssa
Instagram : reynas_art
Youtube : Reynas Art chanel
Page : Reynas Art
Twitter : reynas_art
Tiktok : reynas_art

Comments

Popular Posts