FILEM NASI TANGAS


NASI TANGAS ( NASI KANGKANG ) 

Ekceli cerita ni lama dah ditayangkan sekitar tahun 2014 tak silap .Tiap kali cerita ni di ulang tayang di kaca tv ,  mata reyna tak boleh nak beralih ke rancangan tv yang lain.Rasanya berpuluh kali tengok cerita ni tak pernah jemu bagai ada tarikan yang kuat dalam cerita ni yang membuatkan reyna terpaku untuk menonton lagi dan lagi cerita ini. 

Kisah hubungan persahabatan yang akrab antara fatin dan hairi sejak dari zaman sekolah lagi.Kemesraan di antara mereka tidak disenangi oleh Mira isteri kepada hairi.

Kerana cinta,  cemburu buta dan takut kehilangan suami tersayang, Mira sanggup tunduk dengan hasutan syaitan dengan mengamalkan ilmu Nasi Tangas atas nasihat ibunya. 

Part Mira tengah baca mantera  waktu buat nasi tangas untuk suaminya tu... terasa sebaklah jugak.Waktu baca mantera tu.. menitik airmata mira bila mantera dibaca,  jelas raut wajahnya tu rasa kesal dan bersalah kerana terpaksa memilih jalan hitam bagi mengikat kasih suaminya supaya bertambah sayang kepadanya.

Kerana bimbang suaminya beralih hati kepada fatin,  mira sanggup memberikan suaminya nasi tangas yang terdiri dari 3 bahan kotor iaitu rambut, kuku dan najisnya sendiri bagi mengikat kasih serta menundukkan suaminya sama seperti amalan ibunya lakukan terhadap ayahnya.Semua itu dilakukanya kerana cinta.

Nasi tangas yang diberi kepada Hairi Telah menunjukkan keberhasilannya pada hari pertama nasi yang telah dijampi serapah masuk sebati dalam badan Hairi. Hairi semakin menunduk dan sayang pada Mira ,  manakala hubungan persahabatannya dengan Fatin semakin renggang dan semakin panas.Pantang selisih bahu, ada saja isu yang membuatkan mereka  bertengkar dan tak puashati sesama sendiri. Kesihatan Fatin pula semakin menyusut kerana terkena sihir yang dihantar oleh ibu Mira dengan bantuan bomoh.

Atas nasihat seorang rakan yang menasihatkan agar fatin dan hairi berubat dengan seorang ustaz ,  terbongkarlah rahsia perbuatan mira keatas dirinya yang mengamalkan ilmu pengikat kasih dengan memberi makan nasi tangas setiap hari.Hairi kecewa teramat sangat kerana isterinya sendiri sanggup memberikan nasi tangas kepadanya ,  tetapi dalam masa yang sama dia akui bahawa semua yang terjadi adalah berpunca darinya.Untuk menebus kesilapan diri ,  Hairi memaafkan segala perbuatan Mira ke atas dirinya dan sanggup menjaga Mira hingga akhir hayat walaupun Mira tidak lagi berpewatakan seperti dulu serta kurang waras akibat sihir yang diamalkannya telah memakan dirinya. 

10/10

 
Fb: Reyna Arryssa
Page : Reynas Art
Youtube : ReynAs Art Chanel
Tik Tok : reynas_art
Ig : reynas_art


<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243"
     crossorigin="anonymous"></script>

Comments

Popular Posts