LUCA MOVIE 2021


LUCA (2021)
PIXAR / WALT DISNEY
LOKLOK
FANTASY / COMEDY

"Don't listen to stupid Bruno"
"Silencio Bruno ! , Silencio Bruno ! "

Suka sangat dengan ayat ni ,  berulangkali tengok video pendek part ni  😌😌😌 ,  sekurang-kurangnya boleh ambil ayat ni dan tanamkan dalam hati supaya kuatkan diri ketika down walaupun tak membantu sepenuhnya. 

Disebabkan suka sangat dengan ayat di atas ,  maka gigihlah google cari kot - kot sedutan dari mana-mana filem dan akhirnya jumpa juga.

Cerita ni banyak ketengahkan kata - kata semangat diri supaya bangun dan teruskan berusaha untuk berjaya  /  dapatkan apa yang diimpikan. Memang sesuai sangatlah dengan keadaan diri tika ni untuk tonton cerita ni. 

Filem ni mengisahkan tentang dua orang sahabat yang saling bantu membantu   antara satu sama lain bagi mengejar impian mereka iaitu untuk memenangi pertandingan piala Portosso bagi mendapatkan vespa impian mereka. 


Luca Paguro dan sahabat baik yang baru dikenalinya iaitu Alberto Scorfano adalah raksasa laut yang sukakan cabaran serta mengambil tahu benda / perkara baru dalam kehidupan mereka. Kisah persahabatan Luca dan Alberto bermula di pantai Riviera Itali yang mana ketika itu Luca curi-curi naik ke darat untuk mempelajari cara hidup di darat yang berbeza dengan kehidupannya di dasar laut.
Ketika naik di darat Luca berubah menjadi manusia sepenuhnya dan ketika inilah dia mengenali Alberto yang juga merupakan raksasa laut tetapi sudah mahir dengan kehidupan di darat .Mereka hanya boleh berubah menjadi manusia ketika badan mereka kering dan akan berubah menjadi raksasa laut semula jika terkena air. 

Alberto banyak membantu Luca mengenali serta mempelajari cara kehidupan di darat sebagai manusia . Banyak kata-kata semangat yang diberikan oleh Alberto kepada Luca supaya yakin dengan kebolehan diri dan tidak mudah putus asa. Kat sini boleh nampak betapa berharganya dan tinggi nilainya sebuah persahabatan.

Alberto banyak memberi tunjuk ajar pada Luca supaya dapat menyesuaikan diri dikalangan manusia dan perlu sentiasa berwaspada supaya identiti mereka sebagai raksasa laut tidak diketahui oleh manusia .Jika identiti mereka terbongkar mereka akan dibunuh manusia kerana bagi mereka raksasa laut adalah haiwan yang sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa. 

Pengembaraan Luca dan Alberto ke dunia manusia telah menemukan mereka dengan seorang gadis bernama Giulia Marcovaldo, seorang gadis yang berani .


Mengetahui Luca dan Alberto ingin menyertai pertandingan Piala Portosso ,  Guilia menawarkan diri untuk membantu mereka berlatih untuk pertandingan tersebut .Dengan bantuan ayah Guilia ,  mereka bertiga dapat menyertai dan membayar yuran bagi menyertai pertandingan tersebut. 

Ha... Sampailah pada hari yang dinanti-nantikan  iaitu pada hari pertandingan banyak cabaran dan halangan yang terpaksa Luca dan Alberto tempuh agar identiti mereka tidak terbongkar. Masa ni lah hati tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan Alberto demi menyelamatkan identiti Luca dari terbongkar dengan mengorbankan diri berlari dalam hujan demi melindungi Luca .Tapi sedihya Luca sanggup menghianati persahabatan mereka dengan membiarkan identiti Alberto terbongkar dan berpura-pura terkejut dan takut dengan raksasa laut.

Alberto kecewa apabila dirinya dikhianati dan dalam masa yang sama dia tetap menjaga identiti Luca tanpa mendedahkan siapa Luca sebenarnya . Dia sanggup mengorbankan dirinya dengan membiarkan dirinya ditangkap demi sebuah persahabatan. 

Ada part sedih ,  lawak  dan pengajaran dalam filem ni .Apa pun filem ni memang best sangat . Korang kena tengok sendiri . Ceritanya pun ringan dan santai je . 

10/10 👍👍👍

" SILENCIO BRUNO !!!! "

Fb:Reyna Arryssa
Yt:Reynas Art Chanel
Ig:reynas_art
TT:reynas_art
Page:Reynas Art 

<head> <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243"
     crossorigin="anonymous"></script> </head>

Comments

Popular Posts