VIS A VIS / LOCKED UP - SEASON 2


VIS A VIS  / LOCKED UP
SEASON 2
SPAIN/SEPANYOL

Amaran : tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 

Watak utama dalam season ni adalah Zulema, macarena, paloma, egyprian. Masih lagi kisah berebutkan wang peninggalan si Paloma yang dah mati tu sebanyak 9 juta euro. Lokasi masih di Penjara cruz de sur.. 

Pada hari Zulema bercadang untuk melarikan diri , hari tu merupakan hari paling penting bagi Macarena untuk menentukan samada dia akan dibebaskan atau huluman penjara dipendekkan. Tapi disebabkan masa kejadian dia ternampak geng si Zulema ni nak larikan diri ikut lubang yang di gali di bahagian dobi pakaian maka Zulema heret sekali si Maca ni ikut serta melarikan diri. 
Antara yang turut sama melarikan diri adalah Saray dan juga Caster. 

Mereka berjaya melarikan diri dan bersembunyi di Maghribi. Tapi agenda untuk bebas tu tak lama sebab keebodohan si Macarena ni yang suka spoilkan situasi Call  Fabio untuk larikan diri dari geng Zulema. Padahal dah hidup senang lenang dah kat luar tu. Masaalah jugak yang dicarinya 😏😏

Apabila Zulema dapat menghidu ada yang cuba belot dalam kumpulan mereka dengan call polis ,  akhirnya si Caster yang tak bersalah ditembak mati kerana syak dia yang membelot. Time ni memang geramlah tengok muka si Maca buat tak salah 😤😤😤

Belum sempat mereka melarikan diri ke tempat yang lebih selamat ,  datang sekumpulan polis mengepung rumah tersebut dan mereka ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara semula. 

Zulema tak duduk diam dalam penjara pelbagai rancangan yang dibuat oleh zulema dgn Maca kerana mereka diburu oleh karim iaitu bapa kepada hanbal dan juga merupakan kekasih zulema yg telah mati dibunuh oleh abang dan ayah macarena. Zulema sanggup jadikan hanbal sebagai pertukaran bagi dptkn wang 9juta euro. 

Hanbal dibunuh oleh abang Maca kerana telah langgar lari dan mnyebabkan kematian anak ludia iaitu kekasihnya dimadapan matanya sendiri. 

Biasalah kes balas dendam orang tu kena bunuh,  orang ni balas dendam. Ye lah dah nama pun mafia tak kan nak tengok saja kan? Bapa dan ibu maca mati dibunuh depan mata maca. Tinggallah si Roman iaitu abang si Maca je yang hidup. 

Maca berubah semakin agresif lepas kejadian tu. Dia berkomplot dengan zulema untuk melarikan diri dan suruh abangnya cari baki wang yang disorok zulema di Maghribi sebanyak 3juta euro dah tolak tambah enjoy masa bebas hari tu tinggallah bakinya ni je ha. 

Si Maca ni memang seorang yang cepat berubah pendirian dan jenis tak fikir panjang. Buat keputusan ikut kepal dia je , dengan zulema dia berkomplot dalam masa sama dia gi  komplot dengan fabio untuk lari. Tapi last padan muka dia, dikhianati fabio yang sengaja bersetuju dengan agenda Maca untuk. Arikan diri bersama dan hidup bahagi agiiicheeeeww dengan wang 3juta euro. Tapi si pengkhianat dikhianati.. Acaneeeer tuuu 😂😂 padan muka Maca ,  Fabio tetap berpihak di sebelah Polis bukan Maca. Dia sengaja setuju supaya dia dapat wang 3juta Euro tu untuk deserahkan kepada polis... Helloooop puliiiisss ada orang tongong dalam citer ni 🤣🤣🤣

Apapun korang wajib tengok citer ni sampai habis 🥰🥰

10/10

Fb : Reyna Arryssa
Page :Reynas Art
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Chanel

<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>

Comments

Popular Posts