VIS A VIS / LOCKED UP -SEASON 3-4
VIS A VIS / LOCKED UP
SEASON 3-4
SPAIN /SPANISH
<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>
Lama rasanya saya tak buat review. Cerita ni sebenarnya dah lama habis tengok . Tapi disebabkan mood ke laut , saya letak tepi dulu. Saya gabungkan season sebab terlalu banyak sangat seasonnya tu 😅. Lagipun setiap season masih lagi motif yang sama, jalan cerita yang sama dan juga pelakon yang sama.
Ok terus ke ringkasan cerita serba sedikit. Masih lagi cerita mengenai Zulema,Macarena dan Saray yang masih berebutkan 9 juta euro , wang milik Paloma yang disembunyikan di luar penjara.
Kali ni bukan lagi lokasi di Penjara Cruz Del Sur , tetapi mereka telah dipindahkan ke penjara cruz del norte. Zulema watak pilihan saya dalam cerita ni berbanding Macarena. Saya lebih sukakan watak Zulema kerana dia seorang yang tegas , berani dan nekad jika nak dibandingkan dengan watak Macarena yang banyak sangat hanky panky , gunakan wajahnya yang cantik bagi mendapatkan sesuatu dan juga banyak berpura-pura.
Sebelum ni di season 1 dan 2 musuh utama mereka adalah dikalangan bangsa mereka sendiri. Tetapi dalam season 3 mereka terpaksa berhadapan dengan sekumpulan geng cina yang mempunyai pengaruh kuat dikalangan banduan penjara tersebut dan merupakan ketua penjara yang sangat digeruni bandua lain.
Bermulanya episod pembunuhan warden penjara iaitu Unai yang dibunuh secara senyap oleh kumpulan geng cina ni. Disebabkan Unai adalah keksaih kepada Alta yang merupakan warden penjara juga , Alta mengambil keputusan untuk membalas dendam terhadap geng kumpulan tersebut dan berkomplot dengan Zulema bagi melarikan diri dan juga merampas wang hasil rompakan kumpulan tersebut sebelum dipenjarakan yang tersembunyi di luar kawasan penjara.
Dalam season 3-4 ni watak Macarena dilumpuhkan, kiranya watak Macarena tak banyaklah dalam season kali ni disebabkan Maca ditemui koma dalam mesin basuh akibat pergaduhan yang tercetus dalam penjara tersebut. Dalam season 3 ni juga Saray dan Zulema terlepas dari penjara dengan bantuan Alta dan manakala Anabel yang cuba menguasai dan cuba untuk jadi ketua di penjara telah mati terbunuh. Haaa... Nak tau sapa yang bunuh tu , kena tengok sendiri naaa... 😝😝😝
Ok kita skip ke Season 4 pula, sambungan dari cerita tadi tu yang Alta bersubahat dengan Zulema. Dia akhirnya tertangkap dan dimasukkan ke penjara bukan sebagai warden dah tapi sebagai banduan. Dia ni dulu bekas banduan, tapi disebabkan prestasi dia agak bersih masa di penjara dulu dia di offer sebagai warden penjara.
Ha... Akhirnya sampai ke watak paling saya benci sekali dalam cerita ni. Siapa lagi kalau bukan Saldoval 😏😏 dia muncul jadi pengarah penjara cruz del norte. Pengarah gatal nak mampus. Guna pengaruh serta jawatan dia untuk kepuasan nafsu serakah dia... Menciiiii 😤😤 tapiii... Jeng... Jeng... Jeng... Dia punya tuuuuut kena potong dengan Saray 😂😂😂 padan muka... Hidup Saray... Hip hip horeeey.
Season ni yang watak Maca ada semula. Biasalah dah Salvodal ada mesti ada Maca kaaaaan 😏😏. Maca sedar dari koma selama 8 bulan. Banyak benda dia tertinggal bas ni... Jenuh dia nak pulun ligan nak tau apa terjadi sepanjang dia koma ri tu.
Dalam season ni nak jadi ceritanya..muncul pulak watak anak zulema yang bernama fatima amin masuk penjara sama. Cantik budaknya dan baik. Dia dibuli teruk dipenjara dan yang menyedihkan Zulema tak nak mengaku tu anak dia dan biarkan je anak dia pertahankan diri sendiri. Tapi mak manalah yang sanggup tengok anaknya dibuli depan mata kan? Dia ada jugaklah bagi bantuan dari segi nasihat dan beri alat pertahankan diri dalam senyap. Fatima tak lama di penjara tersebut dia di arahkan berpindah ke penjara lain tapi belum sempat sampai ke lokasi dia mati terjatuh dari helikopter masa nak bawa tukar ke penjara lain. Yang ni pun ada juga penyebab dia mati , bukan jatuh sebagai mati kemalangan biasa. Kena tengoklah sendiri kalau nak tahu siapa yang bunuh tu.
Ok masuk part Setan gondol si Saldoval ni pula. Padan muka dia menderita bini dia mati dibunuh oleh geng banduan yang terlepas. Menderita jugaklah orang tua tak sedar diri tu. Tapi dia tak duduk diam, dia ada kuasa kan.. Dia balas dendam dengan gunakan kuasa sebagai pengarah penjara. Habis semua orang dia nak goda... Huh 😤😤😤
Tapi overall cerita ni memang best tahap gaban. Nak layan cerita ni jangan layan bersama seisi keluarga ye... Tak sesuai
10/10🌠🌠🌠
Jom like , support , share & subscribe/follow
Instagram : reynas_art
https://www.facebook.com/reyna.arryssa
https://www.facebook.com/ReynAsArt2020/
https://youtube.com/@reynasartreynaasro
https://vt.tiktok.com/ZSeRNexSQ/
https://reynasartgallery.blogspot.com/
http://reynasartcorner.blogspot.com/
𝐑𝐄𝐘𝐍𝐀𝐒 𝐀𝐑𝐓(𝐂𝐓𝟎𝟎𝟖𝟓𝟖𝟔𝟐-𝐔 )
Comments
Post a Comment