ANDAMAN TOMYAM - KUANTAN

Andaman Tomyam
Lokasi : Bangunan Warisan, Jalan Bukit Ubi,Kuantan. 
Sebelah Hotel Greenleaf. 
Waktu Operasi : 4pm-3am
Dibuka setiap hari. 
Rate : 5/5

Dah alang-alang berada ditengah Bandaraya Kuantan ni ,  sambil menyelam minum air  saya google kedai makan sedap dan viral di sini. 
Memandangkan cuaca tidak berapa elok ,  maka saya hanya mencari restoran yang berdekatan sahaja. Musim-musim hujan ni dapat makan makanan siam memang layanlah sangat. Kena pula sup pedas ala-ala manja dan menu masam-masam memang terbaiklah pada waktu ini. Diet memang kelautan dalam  musim-musim hujan ni. Minggu depan baru kita sambung diet pula 😆😆😋. Rugi kalau berjalan ke tempat orang tak merasa makanan viral atau menu setempat yang menjadi sebutan. 
Ok kita berbalik pada restoran ni ,  korang memang wajib datang sini kalau terlajak jalan ke Kuantan. Masakan dia sedap dan lepas piawaian tekak saya. Saya kaki makan dan juga cerewet dalam bab ni sebab saya lebih suka masak dan makan dirumah. Tuan punya kedai pun peramah giler ,  tak sombong dan jawab segala pertanyaan saya yang tak berhenti-henti dah macam popcorn dah mulut saya ni tanya itu ini 😂😂😂. 
Saiz hidangan yang dihidangkan pun banyak boleh makan untuk dua orang bagi satu pesanan. Memang tak kedekut ,  dahlah harga murah lepas tu banyak pula tu,  extra sedap lagi... Perrrggghhhh cakap banyak memang tak gunalah. Korang kena datang cuba sendiri. 

Menu pilihan saya kali ini adalah Green Tea Ice , Sup kaki ayam dan juga Somtam. 

Green tea ice dibuat menggunakan teh khas yang didatangkan dari negara Thailand dalam bentuk serbuk. Patinya yang pekat ,  rasa manis yang tidak keterlaluan dan juga lemak susunya membuatkan saya suka bancuhan air dari kedai ini. Memandangkan saya sejenis yang memang tak makan manis jadi memang kena dengan tekak saya. Rasa manis, lemak, kepekatan teh tu ngam-ngam orang kata. Jadi untuk saya ,  teh hijau ais ni lulus 😘😘

Menu kedua adalah somtam. Hidangan ini dipercayai berasal dari Laos, tetapi dipopularkan oleh masakan Thailand dan banyak dijual di negara kita.Kiranya menu ni mudah untuk didapati lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur. Somtam merupakan hidangan salad betik mentah atau mangga mentah yang digaul bersama kacang tanah, cili, gula khas untuk menu masakan Thailand, lobak,  udang geragau besar dan limau. Untuk somtam ini juga lulus dan boleh diterima tekak saya. 

Menu terakhir adalah sup kaki ayam. Siapa peminat kaki ayam kita geng 😘. Rugi siapa tak makan kaki ayam ni ,  kaya dengan kolagen yang boleh buat korang muda belia gitu 🤤. Sup kaki ayam saya pesan untuk seorang makan tetapi saiz hidangan yang saya terima boleh makan untuk dua orang. Meriah gitu hidup saya seketika sewaktu menikmati menu kegemaran saya ni. Empunya kedai tak kedekut melambak maki ayam diberikan. Masuk je sup dalam mulut saya dapat rasakan pati kaki ayam yang pekat ,  meriah dengan kolagen yang buat saya rasa muda 10 tahun gitu 🤭🤭. Supnya cukup rasa pedas, masam,  masin, manis semua sekata. Ditambah pula taburan daun ketumbar,  hirisan cili potong dan juga bawang putih yang diracik halus sebagai hiasan tambahan. Fuuuh... Memang tak boleh berhenti saya makan dibuatnya. Nak pula kaki ayam tu bila masuk mulut je terus hancur isi dalam mulut. Tau-tau je keluar tulang semata tanpa ada isi yang tertinggal 🤤🤤🤤. Menu ini pun lulus bagi saya. 

Memang rasa berbaloi saya ke sini membeli ketiga-tiga menu tersebut. Harga pula berpatutan dan banyak pula tu hidangan juadah yang saya terima. 
Restoran ni saya dah save masuk list antara restoran yang akan saya ulang datang lagi andai saya kesini pada masa akan datang. 
Korang tak terliur ke baca review saya? Haaa... Lokasi restoran ni ada diatas.. Jadi apa lagi ,  bolehlah datang cuba masakan disini. Ada pelbagai menu masakan thailand di sini. 
Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts