BARGAIN (2022)

BARGAIN -2022
KOREA
VIU
THRILLER
8/10

Drama pemerdagangan organ 6 episod korea. Bagi peminat filem aksi ,  thriller dan banyak bermain dengan darah sana sini bolehlah menonton filem ini. 

Bermula dari kisah seorang lelaki  yang asalnya ingin melanggan seorang perempuan bagi hubungan seks bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan di sebuah Hotel yang telah ditetapkan oleh wanita yang dilanggannya itu telah bertukar dari perkhidmatan seks bertukar menjadi tempat pemerdagangan organ yang mana dia adalah mangsanya. 
Dari keseronokan bertukar jadi cemas hinggakan yang menonton pun turut sama merasakan perasaan tersebut. Lebih mengejutkan lagi wanita yang dilanggannya itu merupakan salah seorang ahli kumpulan sindiket haram menjual organ di tempat tersembunyi dan dihadiri oleh orang tertentu bagi membida organ-organ yang hendak dijual.
Semasa sesi membida organ sedang berjalan,  bangunan hotel tersebut runtuh tanpa diketahui puncanya. Masa inilah pemuda tersebut cuba ikhtiar melepaskan diri serta cuba melolos keluar dari hotel tersebut supaya tidak ditangkap semula oleh ahli kongsi gelap yang masih terselamat dari runtuhan itu. 


   
Selamatkah beliau dari ditangkap semula oleh geng pemerdagangan organ tersebut? Nak tahu lebih lanjut korang kenalah tengok sampai habis ye 😜😜

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner@blogspot.com

Comments

Popular Posts