CARGO 2017


CARGO 2017
NETFLIX
10/10

😭😭😭😭 sedih tengok filem ni. Filem ni buatkan reyna teringat filem Korea yang pernah meletup satu tika dulu cerita 'Train To Busan' ceritanya lebih kurang sama mengenai pengorbanan seorang ayah yang berjuang hingga nafas terakhir demi mempertahankan nyawa anaknya yang masih kecil lagi. Tersentuh giler apabila melihat kasihnya seorang ayah terhadap anaknya. 

kisahnya bermula apabila sebuah daerah kediaman Andy bersama isterinya Kay dan seorang anak yang bernama Rosie dilanda wabak virus zombie yang merebak berleluasa dan mengubah manusia yang yang dijangkiti melalui gigitan zombie akan berubah sama menjadi zombie dalam tempoh waktu 48 jam sahaja. 

Andy membawa keluarganya untuk kelurar dari kawasan tersebut untuk ke tempat yang lebih selamat. Kay isteri  andy telah dijangkiti wabak tersebut dan mula berubah menjadi zombie. Andy dijangkiti wabak tersebut akibat digigit oleh isterinya ketika cuba menyelamatkan isterinya dari meronta untuk keluar dari kereta. Andy hanya ada masa selama 48jam untuk ikhtiar cari jalan dan tempat harus dituju untuk menyelamatkan anaknya Rosie yang masih bayi lagi. Ketika dalam perjalanan,  andy bertemu seorang kanak-kanak perempuan bernama Thoomi yang juga kehilangan ayahnya disebabkan wabak zombie. 
Dalam cerita ni, nampak usaha seorang ayah yang sanggup menggadaikan nyawanya bagi memastikan anaknya dan juga Thoomi yang dijumpainya semasa perjalanan mencari tempat yang selamat untuk serahkan anaknya kepada manusia yang masih selamat dari virus zombie tersebut. 

Ending cerita ni buat airmata ni terkeluarlah jugak walaupun telah berubah menjadi separuh zombie andy tetap meneruskan perjalanan dengan bantuan Thoomi supaya sampai ke tempat yang mana manusia masih selamat. Setelah anaknya dan juga Thoomi diserahkan kepada manusia ,  dia akur dan terima untuk dibunuh... 😭😭😭 

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel

<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>

Comments

Popular Posts