LONTONG SEDAP DI GERAI SOTO ZUL - KUANTAN


Gerai Soto Zul - Arked Sri Gambut
Lokasi  : No. 3, Arked Sri      
               Gambut, Kuantan. 
Menu   : Lontong  
Rate     : 5/5

Bagi penggemar juadah lontong sekitar bandaraya kuantan bolehlah cuba menu ni di Gerai Soto Zul yang terletak di Arked Sri Gambut ,  Kuantan. 
Gerai ini beroperasi dari seawal 8 pagi hingga pukul 4 petang. Dibuka setiap hari dari isnin hingga sabtu ,  manakala hari ahad pula ditutup. 

Menu utama di gerai ini adalah soto ,  tetapi disebabkan tekak saya teringin sangat nak makan menu lontong ,  saya cuba mencari di aplikasi Grab dan terlihat di kedai ini ada menyediakan menu yang saya inginkan tersebut. 
Harga bagi satu hidangan lontong untuk seorang makan adalah Rm7.50 dan saya juga ada request untuk sambal bilis sebagai tambahan dalam menu yang saya order tersebut. Harga berbaloi bagi saya dengan saiz hidangan yang disediakan boleh makan untuk 2 orang sebagai sarapan pagi dan sambal yang saya minta tidak dikenakan sebarang bayaran. 
Saya merupakan penggemar makanan ini dan agak cerewet andai hidangan yang saya makan tidak kena dengan tekak saya. Tetapi bila saya mula suapan pertama juadah ini, tangan saya laju ingin meneruskan suapan seterusnya. Sedap sangat. Kuah lodeh tak begitu banyak santan dan tak juga kurang. Kira ngam-ngamlah bagi saya. Kuantiti nasi impit yang diberikan  sesuai dengan kuahnya. Tak banyak dan tak sedikit. Untuk seorang makan sebagai menu sarapan pagi memang boleh buat saya skip makan tengahari. Kenyang sangat dan saya puas hati order dari gerai ini. 
Korang mana yang duduk Kuantan atau datang berjalan ke sini ,  bolehlah datang cuba menu lontong disini. Dijamin tak menyesal 🤤🤤🤤🤤🤤

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt: Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts