IZLA

IZLA
PHILIPPINES
NETFLIX
HORROR COMEDY
8/10
18sx

*Tidak sesuai untuk tontonan umum. 

Filem komedi seram santai dari negara Filifina. Masih lagi dalam mood melayan cerita zombie. Lawak santai bolehlah buat bahan lawak hari cuti. Cerita tu ok dah cuma bila bercampur dengan lawak berunsur lucah jadi hilang rasa seronok sikit. Bagi saya kalau tidak diselitkan lawak keterlaluan sebegitu mungkin saya akan beri rating tinggi untuk cerita ni. 

Ok skip bebel pasal movie ni. Cerita ni sesuai sangat dengan situasi manusia zaman sekarang yang berlumba-lumba nak rating tinggi hingga sanggup buat apa saja demi menghasilkan konten yang dapat sambutan viewer paling ramai. 

Kisah youtuber yang terdiri dari 5 orang adik beradik perempuan yang menggelarkan diri mereka sebagai V-Sisters yang ketandusan idea untuk membuat konten. Salah seorang dari mereka memberikan cadangan agar memuatnaik konten yang merupakan soalan kepada peminat mereka untuk mencadangkan apa yang mereka hendak V-Sisters buat untuk next konten. Pelbagai cadangan yang diberikan dan mereka tertarik dengan satu cadangan diruangan komen iaitu mencadangkan agsr mereka pergi ke sebuah pulau yang diberi nama 'Pulau Larangan' dan mereK bersetuju dan mula mencari pemandu pelancong yang boleh bawa mereka ke sana. 

Pada malam mereka ingin bersiap sedia ke Pulau tersebut satu arahan larangan yang dikeluarkan oleh Dato Bandar iaitu larangan kepada semua penduduk agar tidak meluar dari Pulau yang mereka diami sekarang tanpa sebab dan alasan yang diberikan membuatkan mereka tertanya-tanya. Oleh kerana inginkan rating yang tinggi dalam membuat konten, mereka melanggar arahan tersebut dengan memberikan upah yang tinggi kepada pasangan adik beradik  Eroy dan Badong yang merupakan pemandu pelancong yang mana kebetulan terdesak memerlukan wang untuk membayar pinjaman kepada Lintah darat. 
'Pulau Larangan ' memang diketahui penduduk asal merupakan pulau misteri yang mana ramai pelancong dan juga pemandu pelancong hilang tanpa dikesan sekiranya mereka menjejakkan kaki ke sana. Desakan lintah darat membuatkan mereka nekad dan sanggup melanggar arahan Dato Bandar dengan membawa V-Sisters ke sana. 

Apabila tiba di sana pelbagai kejadian aneh yang berlaku, bermula dengan kehilangan Gina salah seorang ahli kumpulan V-sisters. Bukan setakat itu saja tetapi mereka turut terjumpa ladang penanaman pokok Ganja /Marijuana ,  makmal tersembunyi dan juga kemunculan zombie sekitar pulau tersebut. 
Mereka terpaksa bersembunyi dan lari menyelamatkan diri dari dibaham zombie. Terselamatkah mereka dari jadi mangsa zombie yang berkeliaran merata tempat di pulau larangan tersebut? 

😆😆 nak tau kena tengok sendiri bagi habis 😝😝😝. Selamat menonton... 

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel

<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>

Comments

Popular Posts