KKN DI DESA PENARI (2022)
KKN DI DESA PENARI
2022
NETFLIX
INDONESIA
HORROR
6/10
Khabarnya filem ini diambil dari kisah benar yang berlaku pada tahun 1998 dan nama perkampungan tersebut dirahsiakan dan ianya tular dari mulut ke mulut dan menjadi kisah legenda urban.
Tetapi filem ini tidaklah seperti yang dihebohkan di merata medsos sampaikan ada yang histeria bagai semasa menonton filem ini dipanggung. Bagi Reyna cerita ni langsung tak seram. Sedikit pun tiada rasa seram sejuk bagai. Rasanya seram lagi filem Karya pengarah tempatan filem 'Munafik'.
Latarbelakang memang nampak gerun tapi aura tu tiada langsung. Puas dicari part mana yang sampai histeria tu , 😌😌😌 gimik rupanya untuk melariskan filem.
Skip terus ke ringkasan cerita. Mengisahkan sekumpulan 6 orang pelajar yang membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka atau lebih dikenali sebagai Kuliah Kerja Hakiki (KKN) kalau bahasa kita selalu guna assignment di sebuah perkampungan misteri yang telah dipilih oleh mereka sendiri.
6 pelajar itu adalah Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton, dan Wahyu. Satu persatu gangguan misteri berlaku sepanjang tugasan teesebut sedang dijalankan. Nur dari awal lagi rasa tak sedap hati dan dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena pada perkampungan tersebut.
Perasaan tersebut semakin lama membuatkan Nur semakin yakin dengan telahan hatinya setelah melihat perubahan tingkahlaku Widya yang berubah secara tiba-tiba menjadi seorang penari gamelan tradisi masyarakat di situ. Widya seperti tidak sedar dengan segala tingkahlakunya yang berubah secara tiba-tiba pandai menari. Apa yang dia tahu , dia hanya sering diganggu dengan kemunculan seorang penari yang cantik paras wajahnya dan bunyi muzik gamelan sentiasa bergema menghantuinya.
Nur pula sering ternampak susuk seorang nenek tua yang sentiasa muncul tak mengira waktu. Keadaan jadi semakin buruk apabila salah seorang dari mereka telah melanggar pantang larang yang telah diberitahu oleh ketua kampung disitu. Terasa nyawa mereka terancam , mereka cuba meminta bantuan dari seorang dukun dari kampung seberang. Malangnya dukun tersebut tidak mampu membantu mereka kerana pantang larang yang dilanggar oleh salah seorang dari mereka membuatkan roh yang terkunci sekian lama bebas dan mula mengancam nyawa mereka.
Nak tau sama ada mereka terselamat atau tak , korang kenalah tengok sampai habislah ye ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>
Comments
Post a Comment