PISANG GORENG AZMI SEKSYEN 19 SHAH ALAM
Azmi Goreng Pisang Shah Alam
Lokasi : Seksyen 19, Shah Alam (Berdekatan stesen Komuter)
Waktu jualan : Setiap hari bermula seawal 12pm-7pm
5/5
Mana-mana penduduk Shah Alam yang tak tau pisang goreng yang mabeles ni baik jangan mengaku korang penduduk sini ya 😆😆😆
Sebut je Pisang goreng mana yang sedap , setakat ni bagi saya dah tentulah di seksyen 19, Shah alam.
Kalau korang nak tau, saya jatuh cinta dengan goreng pisang di sini sejak umur saya awal 20an lagi. Korang kiralah berapa lama saya bercinta dengan pisang goreng ni , sekarang umur saya sudah 4series dah 😆😆 lama taaaaak? Eheeeem... Walaupun saya sudah 4series tapi saya masih vogue dah maintain muda gituuuu 😆😆😝😝 tibeeeeer 🤣🤣🤣
Kalau datang lambat , korang beraturlah sampai ke nun hujumg sana ha tunggu giliran untuk membeli menu ni. Boleh bayang tak punyalah laris dan jadi tumpuan sampai kena beratur panjang semata-mata nak beli juadah petang ni. korang tengok berapa bekas bertindih yang kosong tu.. Haaa.. Sebanyak itulah jualan yang telah dijual , sehari dekat 20 lebih tak silap saya pisang yang telah dipotong untuk digoreng dan habis kesemuanya setiap hari... Murah rezeki penjual ni.
Apa yang istimewanya menu ni? Mesti korang tertanya-tanya kan? Takat pisang goreng je kooot. Haaaa.. Kalau ayat ni yang bermain kat minda korang, meh saya tolong jelaskan kenapa menu ni jadi tumpuan ramai di sini.
Di sini korang akan nampak beberapa tray yang berisi bermacam -macam jenis pisang goreng di bekas berasingan. Ada pisang abu , pisang nangka, pisang tanduk, keledek goreng , mudah cerita semua jenislah pisang ada di sini. Itupun ikut nasib kalau stok pisang peberet korang tu ada stok hari tu.
Lepas tu cabaran beratur panjang tu yang akan buat korang rasa buat penat badan je beratur panjang kalau beli takat seringgit dua. Koman-koman mau Rm5. Tapi rata-rata orang yang datang mesti beli sampai 2-3 plastik. Paling tidak Rm10 paling sedikit pun.
Ok kita beralih pula ke tekstur dan rasanya pula. Tekstur dia nampak garing dan rangup serta tidak berminyak. Bila masuk je mulut tu krup krap krup krap bunyi kerangupan pisang ni. Nak pula pisang ni dijual dari dulu lagi panas-panas.
Paling win sekali , serdak r, tepung tu yang jadinrebutan ramai pembeli. Korang ceduklah sendiri serdak tu berapa banyak sekalipun tak ada siapa melarang. Penjual sediakan bekas khas untuk serdak saja. Kalau ada rezeki korang , penjual tak kedekut letak serpihan pisang goreng yang kekonon reject lah senang cerita. Contoh macam terpotong nipis , terpotong pendek atau ada terhangit sedikit. Penjual akan letak dibahagian serdak tepung ni.
Hari ni saya mengimbau semula kenangan zaman dulu-dulu masa duduk area berdekatan sini boleh dikatakan seminggu 4kali saya akan ke sini beratur membelinya. Sekarang bila duduk jauh dari kawasan sini rasanya bertahun saya tak kesini membeli juadah ini. Tapi Alhamdulillah hari ni rezeki saya ke sini disebabkan saya kebetulan ada urusan di Shah Alam.
Fb: Reyna Arryssa
Ig : reynas_art
Yt : Reynas Art Channel
reynasartcorner@blogspot.com
Comments
Post a Comment