REVENGE


REVENGE
NETFLIX
18SX ,18SG
THRILLER
10/10

Baru selesai menonton cerita  aksi ngeri ni. Dia punya debar dan seriau tu lebih dari menonton cerita seram 😅😅 siap ada part Reyna tutup dengan bantal tengok sipi-sipi. Cerita ni memang cerita yang tak ada skip-skip part darah-darah ni. Memang ngilu giler lah nengoknya. 

Fuuuuuuh... Pada yang sukakan cerita bunuh-bunuh main darah , cerita ni Reyna suggest kat korang untuk tengok. Confirm jantung korang bekerj keras masa tengok cerita ni 😆😆 tapi berbaloi nengoknya. 

Kita terus ke ringkasan cerita filem ni. Filem ni mengisahkan tentang Seorang perempuan yang bernama Jenniffer yang kuat rasa amarahnya untuk membalas dendam terhadap Richard dan 2 orang lagi rakannya. 

Asalnya Jenniffer dan Richard yang baru dikenali bercuti di sebuah kediaman Richard yang terletak di kawasan terpencil jauh dari pengetahuan orang lain. Diaorang boleh dikatakan bercinta tapi semuanya berubah bila 2 orang rakan Richard datang secara mengejut ke kediaman tersebut. Jenniffer memang diakui ada daya tarikan yang tersendiri yang boleh membuatkan mana-mana lelaki boleh jatuh hati melihatnya termasuk Stan salah seorang rakan Richard. 

Insiden tak diingini berlaku ketika keesokkan harinya Richard ke luar bandar untuk menguruskan passport mereka. Stan mula mengganggu Jenniffer hinggakan dia tidak selesa dan akhirnya dia dirogol oleh Stan.

Huurrrmm...salah Jenniffer gak sebab malam sebelum kejadian dia yang mengundang aksi untuk dirogol oleh Stan. Dia sendiri yang menggoda Stan sampai Stan ingat Jenniffer sukakan dia juga.

Sesampainya Richard di rumah ,  Jennifer mengadu hendak pulang lebih awal .Richard dapat agak rakan dia buat sesuatu tak diingini pada Jennifer dan mereka bergaduh lah sekejap. Ingatkan nasib menyebelahi Jenniffer ,  rupanya tak. Richard memilih untuk membunuh Jennifer berbanding rakannya. Jenniffer ditolak dari bukit yang tinggi dan jatuh tertikam dahan pokok yang tajam. Kalau tengokkan gaya sah-sah lah kita ingat arwah dah si Jenniffer tu... Tapi sebaliknya yang berlaku. Panjang pula umur si Jenn tu. 

3 sekawan ni turunlah ke bawah untuk hapuskan mayat si Jenn ni supaya tiada yang tahu selain mereka bertiga. Bila sampai kat tempat yang mayat Jenn mereka terkejut tengok tiada mayat di situ. Apalagi mulalah diaorang buru si Jenn ni nak bunuh. 

Tapi Jenn lagi cepat ambik tindakan dengan buru dan bunuh seorang demi seorang bagi melunaskan dendam dia terhadap mereka bertiga. 
Korang tengoklah sendiri nanti scene ngeri masa si Jenniffer cabut kayu yang tikam perut dia tu.. Haaaiiisssh sampai sekali tak hilang ngilunyer tu 😅😅

Semoga korang bertabahlah yer nengok citer ni nanti 🤭🤭🤭

Fb:Reyna Arryssa
Ig : reynas_art
Youtube: Reynas Art Channel

Comments

Popular Posts