SPELL (2020)


Spell (2020)
Netflix
Genre : Urban Fantasy ,  Supernatural Horror Thriller
8.5/10

Voodoo adalah ilmu sihir / ilmu hitam yang digunakan bagi tujuan menyihir seseorang yang ingin dituju dari jarak jauh dengan menggunakan sebuah patung yang telah dibuat beserta niat dan diseru semangat mangsanya supaya mangsa akan merasa kesakitan bilamana patung voodoo mereka dibuat /dilakukan sesuatu. 

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang ingin menghadiri upacara pengebumian ayah kepada Marquis yang terletak disebuah perkampungan kecil. Mereka ke sana menaiki jet peribadi ,  malangnya jet yang dinaiki menghadapi masalah secara tiba-tiba dan jatuh terhempas. 
 
Tersedar dari pengsan akibat kemalangan tersebut, Marquis mendapati dirinya berada dalam sebuah bilik di kediaman sepasang suami isteri yang merupakan pengamal ilmu hitam iaitu Eloise dan jugan Earl suaminya beserta pembantu mereka Lewis. 
Marquis merupakan korban pemujaan yang ditunggu-tunggu pada malam berdarah bagi tujuan menambah kuasa ilmu hitam mereka. 

Roh / Semangat Marquis  telah dipasung pada sebuah patung voodoo (Boogity) yang mana dia dikawal sepenuhnya oleh pasangan suami isteri tersebut supaya dia tidak dapat melarikan diri. 
Part paling ngilu dan tak sanggup hadap tengok waktu Marquis mula sedar dibawah tumitnya ada tertanam dengan sebiji paku panjang dan dari situ dia percaya bahawa dirinya telah disihir.
Dia cuba melarikan diri dan cari family dia tetapi tudak berjaya kerana dia tersilap langkah dengan mendail balai berdekatan bagi mendapatkan bantuan akhirnya dia dikhianati rupa-rupanya polis tersebut adalah salah seorang pengikut pasangan pengamal ilmu hitam tersebut. 

Tibalah hari yang ditunggu ,  pada malam pemujaan Marquis sekali lagi cuba melarikan diri dengan menikam dada Earl. Semasa hendak melarikan diri dia ternampak beberapa buah patung Vodoo yang mewakili pengikut pasangan ahli sihir tersebut. 

Semasa cubaan melarikan diri, Marquis bertarung dengan Loise dan tanpa Loise sedari rupa-rupanya Marquis telah buat patung Voodoo dirinya. Menyedari kudratnya lemah untuk berlawan dengan Loise akibat kecederaan pada dirinya , Marquis menggunakan patung Voodoo Loise dengan memusnahkannya dengan membakar patung tersebut dan pengikutnya pula tidak berani hendak mengapa-apakan Marquis sebab dia ugut akan merosakkan patung mereka. 

Akhirnya Marquis berjaya melepaskan diri dari cengkaman sihir dan berjumpa dengan keluarganya semula. 

The end... 😝😝😝

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts