TARGET

TARGET
NETFLIX
COMEDY
INDONESIA
9/10

Kejung perut asyik tergelak je masa tengok cerita ni 😆😆😆. Terhibur kita waaaak 🤣🤣🤣🤣

Korang kalau tengah stress ke kuciwaaaa ke bersedih ke kena tengok citer ni sampai habis 😆😆😆 hilang kejap masalah kiter ni ha. Citer indon ni kalau aksi memang betul-betul punya aksi dia punyer citer best giler ,  kalau lawak pun sama. Lawak tak hengaaaat duniaaa ha 😆😆😆 dah macam haper ngekek sengsorang nengok citer ni 😆😆😆 krem perut kiter 🤣🤣

Sape yang dah tengok cerita SAW mesti lagi kuat gelaknyer ha sebab cerita ni dia parodi cerita SAW tu lah tapi versi lawak giler. Cerita pasal satu permainan survivor yang melibatkan nyawa. Dalam cerita ni 9 orang terpilih untuk menyertai permainan Sasaran (Target) yang mana setiap peserta dipaksa menyertai permainan ini tanpa rela dan mereka perlu menamatkan permainan ini dengan hanya seorang pemenang sahaja manakala yang lain akan mati semasa permainan tersebut sedang bermula. 

Setiap level akan ada satu nyawa yang melayang sebelum mereka melangkah ke level seterusnya permainan tersebut. Masing-masing mula hilang kepercayaan antara satu sama lain. Bukan setakat itu saja,  masing-masing jadi pentingkan nyawa sendiri dan mula mengkhianati rakan-rakan yang lain. 

Kalau tengok pada review di atas nampak macam serius je kan?? Celah mana lawaknya??? 😆😆😆

Kalau nak tau korang kena tengok sendiri cerita ni. Memang best bolehlah buat layan rasa gundah gulana korang tu 😆😆😆

Kenapa 9/10??  Kateeer best.. 😆😆 ada part-part yang terkureng sikit tapi still ok tak mencacatkan cerita ni... 

Oklah.. Semoga korang terhibur nengok citer ni lah ek.. 

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Blog:reynasartcorner@blog.com
Youtube:ReynasArtChannel
Page:Reynas Art

<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>

Comments

Popular Posts