THE MENU (2022)
THE MENU
(2022)
PSYCHO / THRILLER
LOKLOK
10/10
Wajib tengok cerita ni. Best giler , lain dari lain. Nampak macam filem santai-santai tapi cerita ni buatkan mata tak berkelip dari awal sampai ke habis cerita. Dah habis pun masih rasa nak sambungan lagi .Memang love teruk dengan cerita ni.
Ok kita ke ringkasan cerita ni. Mengisahkan sekumpulan tetamu yang terdiri dari orang ternama dan golongan kayangan yang terpilih untuk menghadiri jemputan makan di restoran ekslusif yang hanya mampu dihadiri oleh golongan berduit sahaja iaitu Hawthorn sebuah restoran Yang terletak disebuah pulau dikawasan terpencil jauh dari orang ramai. Tetamu yang hadir akan dikenakan bayaran yang agak tinggi oleh kerana restoran ini tidak dibuka pada sembarangan orang. Hanya yang terpilih sahaja yang akan dibenarkan makan di sini. Kesemua tetamu akan dijemput dengan bot mewah untuk sampai ke restoran tersebut.
Margot dan dan Tyler adalah di antara tetamu yang turut hadir untuk menikmati hidangan di restoran mewah tersebut. Sepatutnya Tyler datang dengan kekasihnya tetapi oleh kerana ada masalah dalam hubungan mereka pada saat akhir, Tyler mengupah Margot untuk menemaninya makan di restoran tersebut. Pada awal lagi kedatangan Margot tidak disenangi oleh pihak pengurusan Restoran dan juga Pemilik restoran tersebut dengan alasan setiap tetamu yang hadir telah disediakan menu mengikut latarbelakang tetamu yang berada di restoran itu.
Tibalah masa yang dinantikan, setiap menu ada persembahan yang tersendiri dan penuh dengan kejutan yang tidak dijangka .Chef Julian Slowik merupakan pemilik restoran tersebut memainkan peranan utama dalam menjalankan persembahan yang tidak boleh diterima akal bertemakan latarbelakang tetamu dan juga dibongkar satu persatu setiap kesalahan / kejahatan yang pernah dilakukan oleh tetamu yang hadir. Persembahan yang mana melibatkan nyawa da darah sebagai pertunjukan sangat memeranjatkan semua tetamu yang hadir dan berada dalam keadaan ketakutan. Bayangkanlah satu persatu nyawa melayang bersama setiap menu yang dipersembahkan bersama terbongkarnya segala kejahatan yang pernah dilakukan dalam keadaan ngeri. Keadaan pulau yang agak terpencil , liputan talian telefon pula tiada, jauh dari orang dan dikelilingi oleh tukang masak yang mengawal pergerakkan mereka agar tidak meninggalkan meja masing-masing membuatkan kesemua tetamu hanya mampu menjerit ketakutan, merayu dan melihat sahaja persembahan gila yang bakal dipersembahkan oleh chef psiko.
Tiada seorang pun tetamu yang tidak terlibat kecuali Margot kerana namanya tidak tersenarai dalam list asal sebagai tetamu tersebut .Margot diberi pilihan samaada untuk berada di pihak chef atau di pihak tetamu .Walaupun agak sedikit kecewa dengan kehadiran Margot yang tidak dapat diselidik latarbelakangnya supaya tersenarai dalam list perancangan menu dan juga persembahan , dia tidak terkecuali dari berhadapan dengan sikap chef yang psiko tu.
Ada ke yang selamat tuuu 🤭🤭🤭 nak tau korang kena tengoklah sendiri baru best 😝😝
Fb: Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Page:Reynas Art
<html>
<head>
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-7595296967923243" crossorigin="anonymous">
</script>
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete