DEEP (2021)
Deep (2021)
Thailand
Netflix
Genre: Sci-fi , thriller
9/10
Menarik itu ayat pertama yang terdetik dalam hati apabila tengok trailer filem deep. Lain dari lain. Insomnia boleh menjana kewangan. Kalaulah ada, rasanya sayalah orang terkaya sebab saya ada masalah tidur kadang boleh lajak berhari-hari.
Confirm korang tak menyesal tengok cerita ni walaupun bilangan pelakon serta lokasi terhad tapi jalan ceritanya padat penuh aksi dan paling penting tidak meleweh / meleret.
Apa itu insomnia? Insomnia adalah penyakit di mana seseorang itu menghadapi masalah tidak boleh tidur atau kekurangan waktu tidur yang mana memerlukan bantuan ubat tidur supaya boleh merehatkan otak dan badan. Manusia normal memerlukan tidur secukupnya diantara 6 hingga 8 jam sehari.
Sinopsis :
Mengisahkan 4 orang pelajar yang menghidapi masalah susah tidur malam atau lebih dikenali sebagai insomnia.
Oleh kerana mereka yang menghidap insomnia telah dikenalpasti oleh profesor Nichcha , mereka telah ditawarkan menyertai eksperimen rahsia iaitu me jual Qratonin mereka pada harga yang telah ditetapkan mengikut level. Terdapat 3 level dan kesukaran mengikut peningkatan level tersebut.
Setiap level ada harga yang ditawarkan iaitu level 1 - 100,000 baht , level 2- 500,000 baht dan level 3-1 juta baht.
Oleh kerana masing-masing terdesak memerlukan wang dan ada yang perlukan wang untuk hiburan seperti orang kaya , Jane , win , cin dan peach telah mendaftar untuk menyertai eksperimen berbayar tersebut.
Di belakang kepala mereka ditanam cip bagi mengumpul qratonin dan juga diberikan jam tangan setiap seorang untuk mengetahui jumlah peratus qratonin yang telah ditransfer dari otak mereka ke dalam cip. Mereka tidak dibenarkan untuk menarik diri selagi jumlah qratonin tidak mencapai 100% dan juga tidak boleh tidur langsung. Sekiranya mereka tertidur melebihi 60saat , Akan berlaku litar pintas pada cip yang ditanam dan akan menyebabkan kematian.
Pada level pertama jumlah qratonin cepat diserap kumpul dan hanya mengambil masa 1 hari sahaja untuk menamatkan level tersebut.
Melihatkan eksperimen ini mudah dan cepat dapat wang maka mereka bersetuju untuk ke level 2. Pada level 2 mereka tidak dibenarkan tidur selama 5hari dan jumlah pengumpulan qratonin adalah rendah berbanding level pertama.
Dalam level ke 2 ni mereka mula menghadapi masalah yang mana masing-masing rasa tertekan dan mula mengalami tekanan dan juga halusinasi.
Keadaan mereka semakin tertekan apabila mereka berjaya tamatkan level ke 2 ini dan dipaksa untuk menamatkan level ke 3.
Lepas habis tengok filem ni confirm korang tahu menghargai waktu tidur korang ðŸ¤ðŸ¤
Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com
Comments
Post a Comment