INHUMAN KISS(2019)


Inhuman kiss (2019)
Thailand
Genre:Horror, romance
Netflix
reynasartcorner.blogspot.com
10/10
Selesai sudah cerita seram dari negara Thailand ni. Menitik jugaklah airmata ni menonton kisah percintaan antara dua dunia. 

Filem ini mengisahkan 3 orang sahabat baik sejak kecil lagi iaitu Noi ,  Sai dan Jerd. Keakraban mereka seperti satu keluarga. 
Bila meningkat dewasa Noi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan traditional diluar kawasan daerah perkampungan mereka. Jadinya tinggallah Sai bersama Jerd di kampung itu. Tanpa Sai sedari ,  Jerd menyimpan perasaan terhadap Sai. Tetapi tidak diluahkan. Jerd sanggup berkorban apa sahaja demi Sai. Bagi Sai itu adalah perkara biasa kerana mereka bersahabat. 
Kepulangan Noi ke kampung halaman membuatkan Jerd terluka dan dia menyertai sekumpulan pemburu Krasue (penanggal / balan-balan). Krasue adalah gelaran diberikan kepada penanggal perempuan ,  manakala krahang bagi lelaki. 
Saban hari Jerd memendam rasa hati yang kecewa sejak kehadiran Noi tambahan pula Sai dan Noi sering dilihat bersama kerana mereka bekerja di sebuah pusat perubatan di daerah itu yang mana Noi sebagai doktor dan Sai sebagai nurse. 
Kampung mereka diami tiba-tiba kecoh dengan kehadiran krasue yang mengakibatkan kerugian pada penternak kerana setiap malam haiwan ternakan mereka akan dijumpai mati pada keesokkan harinya dengan keadaan yang mengerikan. 

Bermulalah buruan kumpulan pemburu krasue yang dianggotai oleh Jerd. Noi dan Jerd sentiasa memerhatikan Sai dan selalu berpesan agar menjaga diri kerana bimbang Sai menjadi mangsa krasue. 

Pada satu malam tu , Noi mengejar krasue yang dijumpainya berterbangan menuju ke arah rumah Sai. Dia bimbangkan nyawa Sai. Benar telahan hatinya apabila ternampak cahaya itu laju menuju masuk ke jendela bilik Sai. Tanpa berlengah masa ,  Noi mengambil tangga dan memanjat untuk masuk ke bilik Sai. Langkahnya terberhenti dan dia tergamam kerana tidak dia sangka rupanya Sai adalah krasue yang menjadi buruan dan juga buah mulut orang kampung tersebut. 
Setelah jelmaan krasue berjaya bercantum dengan tubuhya yang ditinggalkan semasa perubahan jasadnya untuk bertukar dari manusia ke krasue ,  Sai secara tidak sengaja terpandangkan Noi yang terkejut melihatkan identiti sebenarnya. 

Ketika inilah berderai airmata Sai yang melihat Noi kelam kabut berlari meninggalkannya. Sedangkan ketika sekembalinya Noi ke kampung tersebut ,  telah termeterai lafaz cinta untuk hidup bersama dan Noi berjanji akan setia disisi Sai untuk menjaga dan menemani Sai hingga akhir hayat. 

Airmata saya ikut terkeluar juga ketika menonton filem ni di beberapa scene yang berjaya menyentuh hati saya. 
Filem ini mengingatkan saya pada filem lagenda setempat di Negara Thailand yang begitu popular iaitu filem Nang Nak. Filem ini pun sama buat airmata saya terkeluar tanpa dapat ditahan. 

Filem ni lebih kepada kisah percintaan dan masih boleh ditengok tanpa ada adegan yang buat saya terkejut. 

Korang layanlah dulu cerita ni sampai habis ,  pastikan ada dua tiga helai tisu disisi ye 🤭

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
https://youtube.com/@reynasartreynaasro

Comments

Popular Posts