ISTERI MISTERI


Isteri Misteri
10 episod
Genre: Comedy
Viu
9/10

Selesai sudah tontonan drama ringan bergenre komedi lakonan Sharnaz Ahmad ,  Tiz Zaqyah ,  Azira Shafinaz ,  Kazar ,  Sharifah Sakinah  dan Azar Azmi. 

Sesuai dijadikan tontonan santai untuk hilangkan stress. Jalan cerita tak berat dan menghiburkan. Tambah pula lakonan Sharifah Sakinah yang memang terkenal dengan sifat gila-gilanya membuatkan rasa seronok menonton. 
Ok terus ke ringkasan cerita. Mengisahkan Rizal, seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya. Dengan bantuan pembantunya, Jun dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isteri-isterinya. 

Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri dan dia tidak tahu siapa diantara mereka yang ingin membunuhnya. 
Emma isteri pertamanya seorang yang berkerjaya dan mempunyai 2 orang anak iaitu Orked dan Teratai. Emma terlalu sibuk dengan kerjayanya hinggakan tiada waktu untuk menguruskan rumah. 
Isteri keduanya Yatie seorang surirumah sepenuh masa. Tetapi karektornya agak berbeza dengan Emma. Yatie seorang yang lasak dan kasar perwatakannya seperti lelaki. Yatie dahulunya merupakan seorang pomen motor besar sebelum bernikah dengan Rizal. 
Isteri ketiga pula adalah Lisa. Seorang yang lemah lembut tetapi terlalu obses mengejar populariti dan ingin terkenal. Lisa adalah seorang instafamous yang dikenali ramai. 
Atas nasihat Jun selaku pembantu Rizal ,  ketiga-tiga isterinya diletakkan sebumbung supaya mudah untuk Rizal mencari siapa diantara mereka yang ingin membunuhnya. 

Ha... Kalau nak tahu ,  kenalah tengok sendiri 🤭🤭

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts