KAKEGURUI (2018)-JAPAN

Kakegurui -  Compulsive Gambler
(2018)
Japan
Netflix
Genre : Thriller,Mystery based on a Comic / Gambling
Season 1 : 10 episode
Season 2 : 5 episode
10/10

Filem ini diadaptasi dari Komik/Manga Jepun yang ditulis oleh Homura Kawamoto. 
Kakegurui sebuah filem mengenai sebuah sekolah khusus orang-orang kaya yang mana setiap murid akan mengambil bahagian dalam perjudian bagi meletakkan mereka di aras level mana mengikut nasib mereka dalam permainan tersebut. Murid yang menang akan di letakkan pada aras level yang tinggi dan manakala yang kalah pula akan menjadi hamba sehingga hutang mereka yang telah dipinjam dari bahagian kewangan sekolah tersebut untuk berjudi sekiranya wang taruhan peribadi mereka telah habis. 
 
Bagi pemain yang kalah akan  dikategorikan kepada 2 bahagian dan diberi nama khas iaitu lelaki sebagai Doggy manakala perempuan pula sebagai Kitty. Mereka akan menurut segala arahan yang diberikan oleh pemain yang telah memenangi game tersebut. 
Yumeko merupakan pelajar baru di sekolah tersebut. Pada hari pertama beliau masuk ke sekolah tersebut dia dikehendaki turut serta bermain game perjudian yang diberikan supaya dia dapat diletakkan di level / aras kelas yang mana. Yumejo bersetuju untuk bermain game tersebut. 
Pada game yang pertama dia akan berlawan judi dengan Saotome dari level 1 iaitu level paling mudah. Pada perlawanan pertama ini dia akan bermain game batu , gunting dan kertas. Jumlah wang pertaruhan adalah bermula dari 1 cip token bersamaan 10k. Nasib tidak menyebelahi Yumeko dia kalah dalam perlawanan pertama ini. Tetapi dia merayu agar diberi peluang untuk bermain sekali lagi. Dalam perlawanan untuk kedua kalinya ,  dia telah menewaskan Saotome dan dia melepaskan Suzui iaitu doggy / hamba Saotome. Oleh kerana terhutang budi dengan Yumeko kerana telah melepaskan dia dari selamanya jadi doggy dia bersedia menemani Yumeko dalam setiap perlawanan. Kira dia jadi P. A Yumeko tak berbayarlah kiranya. 
Yumeko adalah seorang gadis yang tidak pandai langsung bermain judi ,  tetapi dia pemerhati yang hebat dan akan tengok dan belajar dalam masa singkat dari pihak lawan. Dia ni seorang yang cerdik dan pandai memanupulasikan keadaan dan gunakan psikologi untuk buat pihak lawan jadi keliru dan kalah ditangannya. Tujuan dia berjudi pun bukan sebab kejar duit tapi sebab dia tak suka melihat orang dianiayai dan dijadikan mangsa yang terikat dengan perjanjian hutang perjudian tersebut. 
Pada perlawanan kedua dia berlawan dengan Sumeragi. Pada game kedua ni dia harus berlawan main kad. Jumlah taruhan adalah 1 cip bersamaan 20k. Tapi kali ni yang kalah bukan setakat jadi hamba tetapi harus korbankan kesemua kuku mereka kepada Sumeragi yang mempunyai hobi aneh iaitu suka mengumpul dan merias kuku dan kuku tersebut adalah kuku asli dari pihak lawan yang kalah. Macam perlawanan pertama tadi Yumeko kalah. Dia sekali lagi merayu agar diberi peluang bertanding untuk kali kedua. Macam biasa dia menang dan duit tersebut digunakan untuk berlawan pada level ketiga. 

Setiap level permainan tidak sama dan semakin meningkat level semakin susah permainan tersebut dan jumlah wang taruhan juga meningkat. Sama juga macam game yang korang main tu. Makin lama makin susah kaaaan? Ha.. Macamtu juga lah dengan permainan judi di sekolah ni. 
Cerita ni sama macam cerita squid game ,  Alice In The Borderland. Senang cerita game survivor yang masing-masing kena masuk game yang ada dan kena menang kalau nak selamat. Tapi beza cerita ni tiada nyawa yang terkorban langsung. Cuma melibatkan wang taruhan sahaja. 

Yumeko ni banyak sedarkan ketua di setiap level. Dia cuba nak hapuskan sistem permainan tidak adil ini dalam institusi pelajar di sekolah private tersebut. 
Saya bagi ringkasan cerita sampai level 2 je ye. Yang selebihnya korang kena tengok sendiri 😆😆. Tapi saya jamin korang tak menyesal tengok cerita ni. Silap-silap jadi macam saya tengok non stop marathon 2 hari dah habis dah tonton filem ni 🤭🤭🤭

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts