KOMPLEKS SERAMBI TERUNTUM KUANTAN
Kompleks Serambi Teruntum
Waktu Operasi: Isnin - Ahad
8am - 10pm
Kompleks Serambi Teruntum terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Kuantan. Tak susah pun nak cari tempat ni sebab kedudukannya strategik dan merupakan tempat tumpuan ramai pengunjung luar dan juga pelancong. Tempat ni lebih kurang macam Pekan Rabu di Alor Setar Kedah yang mana terdapat pelbagai jualan disini.
Antaranya Lemang To'ki yang memang terkenal dikalangan penduduk setempat dan juga luar. Apa yang menariknya lemang ini dijual pada setiap hari dan dibuka seawal 10am-9pm. Ramai orang ke sini pada waktu pagi untuk dijadikan juadah sarapan pagi termasuklah saya.
Pada saya lemang To'ki ni memang terbaiklah sampai boleh teringat-ingat. Lemak , lembut dan rasa semua cukup. Tak cukup sepinggan, siap bungkus sebatang lagi saya bawa pulang ðŸ¤.
Lemang di sini dijual bersama rendang sebagai pelengkap juadah ini. Harga untuk sepinggan / set adalah Rm6.50. Manakala harga untuk sebatang lemang mengikut saiz. Kecil Rm12 , sederhana Rm15 dan besar Rm18. Bagi saya harganya berpatutan sangat. Untuk rendang pula serendah Rm6.00 sebungkus.
Seusai sarapan , saya berjalan ke dalam bangunan di sebelah Cafe Lemang To'ki yang mana terdapat deretan gerai kecil yang menjual pelbagai juadah kering , hasil seni kraf , makanan ringan dan juga makanan laut kering.
Saya tertarik untuk membeli Sambal Hitam Pahang yang memang terkenal sebagai produk dari negeri ini. Rugi kalau tak beli dah alang-alang disini saya sambar 2 bekas. Harga sebekas kecil adalah Rm10 manakala bekas besar pula dijual pada harga Rm18.
Haaa... Jangan terkejut ye bila lihat kuantiti dan bekas kecil pun harga cecah Rm10. Sambal ni mahal kerana proses membuatnya tu makan masa berejam. Sambal hitam dimasak atas api sehingga betul-betul kering supaya sambal tersebut tahan lama. Bahan yang digunakan adalah belimbing besi , ikan bilis, bawang besar dan juga cili api. Menu ni memang terbaik bagi saya. Makan dengan telur goreng sahaja pun boleh buat bertambah nasi di pinggan 😆
Menu seterusnya yang menarik perhatian saya adalah ikan pekasam laut pedas. Ikan pekasam menu wajib ada dibulan puasa. Waktu sahur tu boleh cerah biji mata kalau menu ni ada 😆. Saya dah cuba goreng ikan pekasam yang saya beli disini. Sedap tak terkata, makan pekasam dengan nasi panas-panas pun dah cukup nikmat bagi saya. Nak pula ditambah perahan limau nipis serta bawang dan cili api goreng ditabur di atas ikan pekasam yang telah siap digoreng terlebih dahulu. Harga sepeket adalah Rm10 disini.
Semua menu yang saya beli cukup memuaskan hati saya dan membuatkan saya akan kesini lagi andai bercuti di Negeri Pahang.
Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com


Comments
Post a Comment