M3GAN (2023)
M3GAN (2023)
Genre: Horror, Sci-fi, Thriller
1h 42m
10/10
Bagi peminat filem seram patung berhantu seperti Chucky, Annabelle dan seangkatan dengannya korang kena tengok filem ni. Filem ini sedang ditayangkan di seluruh pawagam.
Lama tak tengok cerita sebegini , last saya tonton cerita Child play the movie. Tak berkelip mata saya menonton filem ini hingga habis.
Ok skip bebel , kita terus ke ringkasan cerita. Mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Cady yang kematian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan untuk percutian keluarga. Disebabkan Cady merupakan anak tunggal dia diambil oleh makciknya yang bernama Gemma yang bekerja disebuah syarikat mencipta robot permainan kanak-kanak.
Akibat kesibukan di tempat kerja sehingga dia tiada waktu untuk melayan serta memberikan perhatian penuh kepada Cady , dia telah mencipta sebuah robot yang boleh dijadikan peneman serta menjaga Cady sewaktu dia di tempat kerja. Gemma mencipta robot yang mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan diberi nama M3gan (Megan) singkatan kepada Model 3 Generative Android.
Pada mulanya semua sempurna dan Gemma rasa lega kerana Cady ada kawan bermain dan juga berbual bagi menggantikan dirinya.
Lama - kelamaan dia berasa pelik dan tidak selesa apabila Megan ciptaannya menjadi semakin ganas dan terlampau menjaga Cady hinggakan mengakibatkan banyak kematian. Bukan setakat itu saja, tetapi megan juga tidak mendengar arahannya dan kuat melawan.
Gemma risaukan keselamatan dia dan Cady yang dirasakan terancam , dia berusaha untuk menjauhi Cady dari Megan dan mencari jalan untuk menghapuskan Megan dengan membunuhnya.
Ending dia tu macam ada sambungan sebab saya lihat ala-ala cerita child play , try google tengok. Betul telahan hati saya , akan ada sambungan cerita ini tapi malangnya akan ditayangkan pada tahun 2025 😅😅😅 bersabarlah menunggu 😆
Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com
Comments
Post a Comment