TEH HERBA REBUSAN DI RUMAH
Sesekali saya akan buat air rebusan herba yang dibeli dari kedai sinseh untuk diminum.
Banyak khasiat yang terdapat dalam setiap jenis ramuan yang dimasak untuk diminum ni.
Antara ramuan yang saya gunakan adalah bunga ros , bunga jasmin , gula batu , biji goji , biji selasih , buah kembang semangkuk , gum arabic dan peach resin.
1.Resin Peach / Peach Gum adalah getah lutsinar yang terhasil dari pokok Peach. (pokok dipergunungan china) Ianya sangat kaya dengan collagen.
2. Gum Arabic adalah lelehan kering yang diperolehi daripada batang pokok Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Bahan ini kaya dengan serat yang mana boleh membantu menurunkan berat badan , mengawal paras gula serta kolestrol dalam badan.
3. Goji berry adalah buah yang berasal dari Asia seperti China dan Tibet. Antara khasiat biii goji ini adalah untuk merawat mata.
4. Kembang semangkuk merupakan spesies pokok malar hijau yang berasal dari Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo. Khasiatnya boleh menurunkan suhu badan ketika demam serta meredakan batuk.
5. Biji selasih banyak digunakan dalam perubatan. Teksturnya kering tetapi cepat mengembang apabila direndam dalam air. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan , biji selasih boleh membantu kerana ianya mengenyangkan serta tahan lapar. Selain itu biji selasih juga boleh menguatkan usus dengan kandungan prebiotiknya.
6. Bunga Ros kering boleh memberikan kesan rileks dan tenang selepas meminumnya. Ianya juga boleh menjadi air detoks kerana selepas beberapa jam meminum air bunga ros kering ini perut akan mula rasa ingin membuang.
7. Bunga Jasmin / Melur kering boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol, antioksida, antivirus, mengurangkan stres, mencegah kanser tertentu, diabetes dan menguatkan sistem imun tubuh antara kesan positif yang lain.
Banyak lagi bahan atau ramuan yang boleh dicampur untuk dibuat sebagai hidangan minuman samaada panas atau sejuk. Saya lebih suka simpan dipeti dan minum sewaktu sejuk.
Korang bolehlah cuba minum air ni sesekali sebagai pengganti teh / kopi.
Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com
Comments
Post a Comment