THE GUARDIAN (2021)


The Guardian  (2021)
Vietnam
Genre: Horror ,  Thriller
Netflix
10/10

Apa yang boleh saya katakan cerita ni memang best sangat. Ending dia punya plot twist tu buat saya terkejut sebab tak sangka pula begitu pengakhirannya. 
Cerita ini mengisahkan betapa taksubnya sekumpulan manusia yang inginkan cita-cita mereka tercapai hingga sanggup mengambil dan membela anak patung yang dianggap sebagai penjaga yang mana ank patung tersebut telah dipuja dalam upacara tertentu dan di dalam badannya tersimpan kumanthong.
Phoung adalah salah seorang diantara pemuja patung tersebut. Phoung merupakan seorang penyanyi muda popular yang ditemui mati dengan keadaan tangan dikelar dan memeluk patung bonekanya yang diberi nama Yuki. 
Phoung membunuh diri kerana terlalu malu setelah videonya dirogol secara beramai-ramai telah disebar melalui laman medsos. 
Setelah kematiannya ,  Ly telah mengambil keputusan untuk jadi penyanyi seperti Phoung. Semasa hayat Phoung ,  Ly merupakan penyanyi latar dan juga rakan karib Phoung. Untuk berjaya seperti Phoung ,  Ly juga terhasut untuk memiliki patung boneka kumanthong yang diyakini boleh memenuhi hajatnya untuk menjadi penyanyi popular seperti Phoung. 
Kerana tidak tahan dengan gangguan roh Phoung yang sentiasa berlegar menjelma di depannya ,  Ly bertemu dengan seorang bomoh yang dikenali melalui seorang kenalan di suatu majlis. 
Proses pemujaan dijalankan dan patung boneka miliknya perlu menjalani proses penyucian dan pertukaran jasad kumanthong untuk diletakkan didalam patung boneka miliknya yang diberi nama Na. 
Sejak dari hari itu segala permintaan Ly ditunaikan oleh patung boneka miliknya sehingga mengakibatkan beberapa kematian bersiri. 
Peminat cerita patung berhantu bolehlah layan cerita ni dan ending tu korang mesti tak jangka dengan apa yang terjadi sebenarnya disebaliknya setiap pembunuhan misteri tu 🤭🤭

Fb:Reyna Arryssa
Ig:reynas_art
Yt:Reynas Art Channel
reynasartcorner.blogspot.com

Comments

Popular Posts